TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Friday, April 23, 2010

Timang anak tinggi-tinggi, bila terjadi susah nanti...

Timang tinggi sampai cucur atap,
belum tumbuh gigi dah pandai baca kitab...
Itu perbuatan pada pantun  tidak mengapa. Kalau timang menjadi amalan bakal mengundang bahaya. Perbuatan yang hanya suka-suka itu boleh mengundang penyakit yang dipanggil 'Shaken Baby Syndrome'. Ketahuilah info mengenai perkara ini.

SHAKEN BABY SYNDROME (SBS) 
SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi.. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal.
 
Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.   

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga
bayi.....( occupational stress ).  

PENCEGAHAN 

1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain. 

2. Jangan memegang bayi anda ketika marah. 

3. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain. 

4. Minta bantuan orang lain.
sumber: kiriman email paksuu