TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Monday, April 19, 2010

Saya bukan ponteng sekolah tapi...

Ader jugak yang agak heran kenapa saya post entri pepagi. Cikgu curi tulang kat sekolah ke, ponteng atau MC? Setakat ni saya tidak pernah update blog di sekolah. Curi-curi ngintai aderlah tapi update takde. Ponteng? Lama dah tinggal tabiat tu... semasa bukan cikgulah, dah jadi cikgu jangan dibuat. Sakit? Alhamdulillah.. saya sihat hari ini.. Untuk pengetahuan semua terutama yang bukan berasal dari Negeri Perak Darul Ridzuan, hari ni Negeri Perak cuti.  Cuti sempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak - Sultan Azlan Shah.

Semoga Negeri Perak kekal sejahtera di bawah pimpinan Tuanku.
DAULAT TUANKU!
"Untuk itu warga perlu diinsafkan supaya jangan terlalu cepat membuang pelita, kerana riang melihatkan fajar akan menyingsing; kerana hari siang juga akan berakhir. "Jangan nanti bila malam mendakap senja, warga dan bangsa akan hidup teraba-raba - hilang haluan, kerana diselimuti kegelapan malam tanpa pelita," Titah Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar sempena ulang tahun keputeraan ke-81 baginda Sultan Perak.
sumber: google