Memang saya tak lena tidur gara-gara entri itu. Nak tegur takut salah... tak tegur lagiii salah. Saya mengambil masa yang lama untuk berfikir. Tegur...tidak...tegur...tidak dan akhirnya saya mengambil keputusan untuk menegur atas dasar menunaikan fardu kifayah. Saya tidak mahu orang lain turut sama menanggung dosa. Kata hati saya, saya sanggup terima jika kamu marah-marah. Biarlah... asalkan saya sudah menjalankan tanggungjawab saya.
gambar hiasan
(google)
Saya suka berkunjung ke situ dalam diam. Entri itu hampir menyebabkan saya hilang rasa hormat pada kamu. Kesudian kamu untuk menerima teguran amat saya kagumi dan menghakis rasa kurang hormat tu. Saya juga tak patut berprasangka melulu. Mungkin kamu tidak sedar yang kamu lakukan itu adalah perkara yang mengundangkan dosa yang akan ditanggung sampai bila-bila selagi ada yang melihatnya. Kadangkala kita khilaf dan saya patut sedar untuk itu.
Saya juga memohon maaf pada kamu kerana melahirkan entri ni. Bukan mahu kisah dipanjangkan tapi sekadar luahan perasaan. Memang saya perlu meluahkan kerana saya tidak boleh pendam dalam hati. Saya juga ingin jelaskan di sini bahawa saya bukan tidak sporting tetapi ada sporting yang harus diketepikan jika melibatkan halal dan haram dan kita perlu tahu membezakan itu. Semoga kamu terus maju dalam dunia penulisan blog dengan cara yang dihormati.