TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Saturday, April 17, 2010

PERPULUHAN - Tips darabkan nombor perpuluhan dengan mudah

Mendarabkan nombor perpuluhan tidaklah sesukar yang disangka. Apa yang penting adalah untuk mengetahui perkara-perkara yang boleh diabaikan terlebih dahulu sebelum operasi pendaraban di lakukan dan mengetahui cara meletakkan semula titik perpuluhan pada tempatnya.

Contoh 1:
0.2 x 6.03=?

Cadangan: Abaikan titik perpuluhan. Tukarkan nombor perpuluhan kepada nombor bulat.  

2 × 603 = 1206 

Sekarang, kita semak semula kedudukan titik perpuluhan. 0.2 mempunyai satu tempat perpuluhan dan 6.03 mempunyai dua tempat perpuluhan menjadikan tiga tempat perpuluhan semuanya. Jadikan 1206 kepada nombor yang mempunyai tiga tempat perpuluhan dengan mengerakkan titik perpuluhan bermula dari kanan nombor.

= 1.206

Contoh 2:
0.04 x 0.011=?

Cadangan: Abaikan titik perpuluhan. Tukarkan nombor perpuluhan kepada nombor bulat. 

4 × 11 = 44  

Sekarang semak semula kedudukan titik perpuluhan. 0.04 mempunyai dua tempat perpuluhan dan 0.011 mempunyai tiga tempat perpuluhan menjadikan lima tempat perpuluhan semuanya. Jadikan 44 kepada nombor yang mempunyai lima tempat perpuluhan dengan mengerakkan titik perpuluhan bermula dari kanan nombor.

= 0.00044

Contoh 3:
200 × 0.012

Cadangan: Abaikan titik perpuluhan. Tukarkan nombor perpuluhan kepada nombor bulat.  

2 00 × 12 = 24 00 
Untuk mendarabkan 200 dengan 12, abaikan 0 terlebih dahulu menjadikan 2 x 12 = 24. Letakkan semula dua '0' yang diabaikan tadi dibelakang nombor selepas operasi pendaraban menjadikan 2400. Semak semula kedudukan titik perpuluhan. 200 tidak mempunyai tempat perpuluhan dan 0.012 mempunyai tiga tempat perpuluhan. Ini menjadikan tempat perpuluhan yang patut ada ialah tiga dan gerakkan sebanyak tiga kali dari kanan nombor.

= 2.400 atau 2.4

SELAMAT MAJU JAYA