TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Wednesday, April 21, 2010

PENDIDIKAN SENI VISUAL (MENGAMBAR) - Burung Oh Burung

Pendidikan Seni Visual hari ini meliputi bidang A - Mengambar. Aktiviti boleh digunakan untuk murid-murid tahun 3. Tajuk yang dipilih ialah 'burung oh burung'. Guru-guru bolehlah menyanyikan sebarang lagu yang berkaitan dengan burung sebagai set induksi seperti lagu burung kakak tua, burung tiung atau burung dalam sangkar.

Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Kertas lukisan
2. Pensel
3. Pensel warna

Guru menunjukkan cara-cara melukis burung terbih dahulu.

Langkah-langkah: 
1. Akitiviti dimulakan dengan melukis paruh burung.


2. Diikuti dengan melukis bahagian kepala burung dan badan burung.


3. Lukiskan sayap burung di kiri dan kanan badan burung.


4. Lukiskan dahan tempat burung bertenggek dan kaki burung.


5. Lengkapkan lukisan dengan melukis bahagian ekor burung dan mata burung.  Lukis gambar bunga, daun, ranting atau sebarang gambar tambahan yang bersesuaian sebagai latarbelakang lukisan.


6. Warnakan hasil


Contoh hasil kerja murid

SELAMAT MAJU JAYA