Ohhh... pandai-pandai sajer saya buat kenyataan sendiri. Bukan... ini bukan saya yang kata. Ini orang orang lama kata. Bukan sahaja kaum melayu yang percaya hal ini, kaum lain pun percaya sama. Kata orang... kalau wajah tak seiras jodoh tak panjang. Selalunya ibubapa melihat rupa calon menantu mereka (yer ker... sebab saya belum melalui pengalaman tersebut). Kalau seiras tu... dengan senang hati dan tangan terbuka mereka menerima calon menantu mereka. Seiras tu pula tak semestinya serupa dengan rupa pasangannya. Mungkin juga serupa dengan adik beradiknya, sepupunya, nenek atau toknya. Pendek kata, kalau orang tu berada dalam keluarga pasangannya, orang tak tahu pun yang dia orang luar.
Anne Ngasri dan suaminya
(gambar google)
Sedih membaca berita yang Ann Ngasri dan suaminya bakal bercerai. Adakah jodoh mereka tidak panjang kerana wajah mereka yang tidak seiras. Rasanya jodoh pertemuan itu bukanlah terletak pada wajah tapi ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Punca mereka ingin bercerai tidaklah diketahui pula kerana pasangan ini masing-masing enggan membuka mulut. Yalah... takkan nak bercerita masalah rumahtangga untuk tatapan umum. Buruk suami kita.. kita pun terpalit sama begitulah jua sebaliknya.
Anne Ngasri dan suami berkahwin pada 26 Mei 2006 (tarikh penting buat diri saya juga). Mereka telah dikurnianya dua orang cahayamata. Mengikut maklumat yang diperolehi pengesahan lafaz cerai pasangan ini akan berlangsung di Mahkamah
Syariah Kuala Lumpur pada 19 Mei depan. Ini bermakna usia perkahwinan mereka baru mencecah 4 tahun. Belum melepasi fasa pertama sebuah perkahwinan. Adakah perkara ini tidak boleh diselamatkan. Diharap ada jalan yang lebih baik untuk mereka berdua. Renungkanlah wajah anak-anak yang sedang membesar. Namun jika ini ketentuanNYA, selesaikan ia sebaik mungkin supaya anak-anak tidak menjadi mangsa.
sumber berita: google dan akhbar