Wah… wah... jom belajar matematik - mendarab menggunakan cara mudah. Tak perlu pening kepala mengingati sifir. Anda hanya perlu bermain dengan garisan dan bilangan titik yang mewakili nombor. Mari ketahui langkah-langkahnya. Pasti anda teruja untuk mengajarkannya semula kepada adik atau anak anda. Anak anda pula pasti mudah menguasai proses pendaraban ini.
Contoh 1:
12 x 21 = ?
Langkah 1 :
Lukis satu garisan melintang dari atas kiri ke bawah kanan untuk mewakili nombor 1 pada 12.
Langkah 2 :
Lukiskan pula dua garisan melintang dari atas kiri ke bawah kanan untuk mewakili nombor 2 pada 12.
Langkah 3:
Lukiskan pula dua garisan dari atas kanan ke bawah kiri untuk mewakili nombor 2 pada 21.
Langkah 4:
Lukiskan pula satu garisan dari atas kanan ke bawah kiri untuk mewakili nombor 1 pada 21.
Langkah 5:
Bentukkan bulatan seperti dalam gambarajah dibawah. Letakkan titik dot-dot pada garisan yang bertindih. Kira bilangan titik dot-dot yang ada.
Langkah 6:
Ulang langkah 5 untuk garisan yang bersebelahan (lihat contoh).
Langkah 7:
Ulang lagi langkah 4 untuk garisan yang ketiga.
Jawapan: 12 x 21 = 252
Masih ragu-ragu? Apa kata kita cuba dengan nombor yang lebih besar.
Contoh 2:
123 x 321 = ?
Sila lihat langkah-langkah dalam contoh 1 untuk memudahkan pemahaman.
Maka jawapan yang diperolehi untuk 123 x 321 = 39483
SELAMAT MAJU JAYA