Hangat juga kejadian yang berlaku pagi
semalam. Memang ramai yang tak senang duduk. Ada juga yang terpaksa
turun naik sana sini. Kes polis menembak mati seorang remaja 15 tahun.
Ramai pihak yang mempertikaikan kewajaran pihak polis untuk menembak
seorang remaja yang baru berusia 15 tahun. Pihak polis dilabelkan
'kejam' gara-gara kejadian tersebut dan orang ramai mula meragui
kredibiliti pihak polis. Berita lanjut bolehlah dibaca di SINI.
Polis tembak mati pelajar
(sumber gambar: berita harian online)
(sumber gambar: berita harian online)
Saya tidak memihak mana-mana pihak
kerana kes ini masih dalam siasatan. Apa yang ingi diulas adalah
mengenai sikap masyarakat kini yang suka menyalahkan orang yang
kesalahannya jelas ketara tanpa mengkaji apa puncanya. Tanpa punca,
perkara tersebut takkan berlaku. Punca itulah perkara asasnya. Macam
guru juga, guru yang menghukum murid yang terpaksa berdepan dengan
tindakan sedangkan punca asal daripada murid itu sendiri jarang
dipertikaikan.
Sampai bila masyarakat harus mempunyai mentaliti yang
sebegini? Yang memahami hanya segelintir sahaja. Kita memang simpati
dengan apa yang berlaku dan jangan lupa untuk muhasabah diri mencari
kebenaran di sebalik kejadian.