TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Wednesday, April 28, 2010

Jangan rasa terlalu bangga bila dapat anak sama dengan dapat cucu - Fikir dahulu masa depan anak itu

Hanya sebuah pendapat melalui pemerhatian dan sebuah pandangan mata kasar. Pendapat tak semestinya semua orang perlu menerimanyer. Bergantung pada penilaian sendiri. Sebab itulah lain orang lain pendapatnyer. Hal ini tidak melibatkan semua jenis lelaki terutama yang memang kahwin lewat atau masih belum rezeki untuk menimang cahayamata. Pendapat lebih khusus untuk orang lelaki yang sudah berkahwin, anak-anak dah besar-besar dan yang berkahwin semula dengan perempuan yang lebih muda. Tak kiralah samaada orang lelaki itu menambah cawangan atau menghapuskan gelaran dudanyer semula.

Selalunyer orang lelaki begini merasa amat hebat jika isteri mudanyer mengandung atau dengan ertikata dapat memberi zuriat untuk isterinya. Hidung pula semakin kembang tak kempis-kempis bila kena puji dengan rakan-rakan atau orang sekeliling. Tanda diri dia hebatlah tuuu. Tua-tua pun produktiviti masih aktif lagi. Tak salah rasanya untuk berbangga cuma biarlah perasaan bangga itu dibawa untuk masa depan anaknyer. Maksudnya.. orang lelaki begini bukan hanya bangga dapat memberikan zuriat tapi turut bangga dalam mendidik anaknyer menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat.

Banyak yang saya perhatikan perasaan megah lelaki sebegini hanya pada masa itu sahaja. Bila anak-anak mula membesar... mereka ambil sikap lepas tangan dengan alasan dah tua. Tak lalu dahhh nak memantau anak itu atau ambil tahu hal persekolahan anaknyer. Alih-alih ibu yang masih muda ni lahhh yang sibuk sana sini. Bila ada hari terbuka sekolah... ibu jer yang datang. Ayah tak nampak muka. Hal-hal anak di sekolah di pandang ringan. Itu belum masuk hal-hal peribadi anak yang lain. Ayah dah takmau kisah sebab nak menghabiskan sisa-sisa hidup dengan beramal. Itu alasan baik atau alasan lain lepak semula di kedai kopi kerana masa tua bukan masanya lagi nak sibuk sana sini.

Hasilnyer... wujudlah anak-anak yang bermasalah. Memang ader dan ini hasil kajian saya. Anak-anak memang lebih takutkan ayahnyer... jadi bila ayah tak ambil tahu... yabadabeduuu. Mak ni dapat membebel ajer. Ada yang nak beli buku pelajaran anak pun dah tak kisah. Yelahhh... bila dah tua, pendapatan harapkan pencen jer kalau ader. Bukannya seberapa. Nak cari duit lebihhh? Sendi tulang pun dah bunyi sana-sini macam cerita Ali Baba tuuu. Itulah alasan yang selalu diberi. Kesimpulannyer... tak salah kalau rasa nak timang anak sama masa dengan timang cucu kalau tanggungjawab tidak dilupakan. Jangan nanti masa depan anak menjadi mangsanyer.

kalau ciri-ciri dah ada, bawa-bawalah muhasabah diri. Tanggungjawab tidak berhenti di dunia sahaja... takut tergantung di akhirat nanti...
(gambar google)