Lambat pulang hari ini. Bersilat di sekolah menyiapkan fail panatia pendidikan seni visual. Bukan satu fail tapi berfail-fail sampai fail. Huhuhu... pening, loya, biul, mereng seketika... segalanya ader. Alah mengandung pun tak macam ni. Fail minit mesyuarat ader, fail aktiviti panitia ader, fail program kecemerlangan ada, fail analisis penilaian ader, fail aset ader, fail maklumat guru ader, fail alat bantu mengajar ader dan berapa banyak fail daaaa. Udahlah tu, datelinenyer esok. Siapkan sebelum esok untuk menjaga nama baik anda. Itu kata diri saya sendirilahhh.
Semua Ketua Panatia bersilat berkuntau di sekolah tadi. Nak menguruskan sesuatu yang mempunyai prosedur yang tersendiri bukannyer mudah. Nak-nak pula bukan tugas utama tapi dah jadi macam yang pertama pula. Mana idaknyer.. nak mengejar dateline punya pasal anak murid juga yang terabai. Satu hal pula menanggung hutang dengan mereka. Bayangkanlah bila kita rasa macam dah sempurna tapi kena update semula sebab tak betul seperti yang diminta. Masa tu darah mula nak menyirap ke kepala. Maklumlah.. kadangkala tu penerangan lain yang diberi.. tetiba diubah mengikut kesesuaian masa pula. Tak ke haru namanyer.
Saya ingat nak ambil kursus pengurusan fail lah. Ramai cikgu-cikgu yang surrender bab-bab ini. Kalau ader orang yang sudi ambil upah lama dah mereka serah. Nampak tu.. untung-untung boleh buat bisnes. Duit pun masyukkk. Satu fail kira RM5 ke.. Satu panatia ada lebih kurang sepuluh fail putih. (Belum masuk fail biru, hijo, itam, coklat, warna-warni...) Kan dah jadi RM50. Kalau ader 8 panatia dah dapat RM400. Hahhh... MAKCIK KAYO. Uishhh.. tetiba jadi MATA DUITAN pula..
sumber gambar: google