Salam. Entri kali ni bukanlah entri dari seorang yang pakar mengenai perkara ini. Sekadar berkongsi maklumat yang diperolehi. Saya pun masih belajar mengenali buffered earnings ni. Kalau ader tersalah fakta dan kata, maaf dipinta. Sudi-sudilah tegur supaya saya dapat memperbaiki kesilapan diri. Memang banyak maklumat yang boleh diperolehi bila kita search di google menggunakan perkataan buffered earnings. Ini adalah hasil pemahaman yang dapat saya tafsirkan mengenai buffered earnings.
Buffered Earnings:
1. Pihak Nuffnang dan pihak pengiklan yang akan membuat keputusan dalam menentukan blog mana yang dipilih untuk mendapat buffered earnings daripada pihak mereka. Blog yang dipilih tidak semestinya blog yang mempunyai traffik yang tinggi sahaja. Ia bergantung kepada bajet pihak pengiklan. Jika bajet pihak pengiklan sederhana sahaja maka blog yan dipilih mungkin jenis blog yang mencapai traffik yang sedang-sedang sahaja.
2. Tahap masa yang ditetapkan oleh pihak pengiklan untuk satu-satu buffered earnings dalam blog kita bergantung kepada mereka. Pihak pengiklan mungkin menetapkan jumlah-jumlah tertentu yang akan dicapai dan buffered earnings ini akan kekal di blog kita sehingga mencapai tetapan masa tersebut.
3. Memperolehi buffered earnings yang banyak tidak semestinya menghasilkan pendapatan yang lumayan. Yang penting ialah nilai yang diterima yang diperolehi dalam current earning. Ada blog yang mempunyai hanya satu buffered earnings tetapi memperolehi current earning yang tinggi. Current earning mungkin bernilai RM1 ke atas ataupun mencecah RM50 ke atas atau mungkin ada yang lebih tinggi.
4. Jika kita hanya mempunyai petak campaign sahaja bermakna kita belum memperolehi CPM. Jika kita mempunyai buffered earnings + campaign bermakna iklan CPM itu masih berjalan dalam blog kita. Kalau hanya ada metered + campaign bermakna iklan dalam blog kita dah stop dan kita belum memperolehi iklan yang baru.
Apa yang dapat saya simpulkan di sini ialah buffered earnings adalah iklan yang tertera dalam blog kita pada masa yang telah ditetapkan yang hasilnya kita perolehi bergantung kepada jumlah unique visitors blog kita. Semakin tinggi jumlah unique visitors blog kita semasa iklan dipaparkan semakin tinggilah jumlah pendapatan yang diperolehi.
Anda bolehlah search di google bagaimana untuk memperolehi buffered earnings ini. Banyak blog-blog yang memberi penerangan cara-cara memperolehi buffered earnings.