Rasanya ramai yang sudah mengetahui kisah itu. Saya tidak mahu mengulas panjang kisah itu. Jika ada yang berminat mengetahui kisah penuh di sebaliknyer... bolehlah klik di SINI. Apa yang ingin saya tuliskan adalah mengenai situasi di sekolah yang di alami. Jika kes yang di alami berlaku di sekolah menengah, marilah sama-sama menyelami situasi di sekolah rendah pula. Seperti biasa pihak sekolah dan guru tidak dapat lari dari memikul tanggungjawab atas setiap apa yang berlaku di sekolah. Sama ada bersalah atau tidak.. kes sebegini umpama melanggar kanak-kanak di kawasan perumahan. Tidak kiralah anak itu yang melintas dengan tiba-tiba.. kesalahan tetap ditanggung di bahu kita.
Ada anak-anak yang memang susah untuk mematuhi peraturan sekolah. Di sini guru kepung.. mereka menyelit pula di sana. Sebagai contoh kejadian yang berlaku pada waktu rehat tadi. Saya telah mengarahkan murid-murid untuk beratur dan berjalan dalam barisan menuju ke kantin. Bila berpaling arah saja, ada jer murid yang berpatah balik ke kelas atau cuba mengikut laluan yang lain selain yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Tiga kali saya menegur murid itu supaya mematuhi peraturan sekolah. Setelah diherdik, barulah dia akur. Itu yang di depan mata saya... di belakang?
Ada pula murid yang sanggup menipu untuk masuk ke kelas semula. Dengan tujuan apa pun tidak tahu. Selalunya... alasan yang diberi kepada pengawas yang bertugas ialah mereka hendak ke pusat sumber. Bila pengawas memberi kebenaran mereka menyimpang menuju ke kelas. Entah apa lah yang ada dalam jiwa anak tersebut kerana suka sangat melanggar peraturan sekolah. Dah jadi habit agaknya. Kalau tak langgar peraturan macam tak lengkap nikmat hidup agaknya.
Bila cikgu-cikgu membuat rondaan, berdesup mereka menyelinap macam lipas kudung. Ada yang menyorok dalam tandas dan ada juga yang sanggup menyorok dalam almari. Bawah meja tak usah cakaplah. Macamlah mereka tu halimunan sehingga guru-guru tidak boleh nampak dimana mereka menyorok. Kecil-kecil lagi dah pandai nak mempermainkan orang tua. Bila dah besar... wujudlah masalah yang lebih berleluasa. Bila ditangkap macam-macam alasan yang diberi macam orang tak bersalah. Muka pun buat muka sardin jer.. alah... cikgu bukan leh buat apa-apa... setakat membebel dan rekodkan dalam rekod disiplin jer.
Belum lagi situasi pada hari kokurikulum dijalankan. Murid tidak balik ke rumah dengan alasan ader kokurikulum. Ibubapa tahu tak yang anak mereka tidak berada di sekolah sementara menunggu pukul 3. Di kawasan luar sekolah mereka melepak merata-rata. Guru-guru jugakah yang nak ikut bontot mereka? Dah disuruh masuk ke kawasan sekolah tapi buat dekkk ajer. Apa cikgu nak kecoh-kecoh.. belum lagi pukul 3. Di luar kawasan sekolah bukan cikgu punya kuasa.. mak ayah kami pun tak bising kenapa cikgu nak bising? Nanti pukul 3 kami datanglah seperti biasa.. Hahhh.. aper nak kata???
Kalau saya yang jumpa murid-murid ini selalunya memang saya akan suruh mereka masuk semula ke kawasan sekolah. Kalau tak... cikgu sendiri yang akan hantar balik ke rumah. Nak hantar balik tu pun satu hal juga. Keselamatan murid dah jadi tanggungjawab kita pula. Kalau ada apa-apa yang berlaku di jalanraya. Sendiri coverlah jawabnya. Takde backing punyer. Habis tu macamana? Bila kes terjadi... cikgu salah lagi... huhuhu. Anak sendiri kadangkala terlepas pandang juga... cubalah faham keadaan cikgu yang perlu memantau yang beratusan jumlahnya.
(gambar google)