TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Friday, April 23, 2010

Bila orang gemuk jadi bahan jenaka - lawaklah kononnyer

Lucu sangat ke? Mungkin lucu juga kerana ader yang ketawa. Apalagi bila melihat gambar-gambar yang kononnyer kelakar sangat. Kami bukannyer gelak pada orang gemuk tu... kami gelak pada aksinya. Agak-agaknyer kalau orang sedang-sedang buat aksi macam tu ader ke yang nak ketawa? Kesimpulannyer? Memang gelak pada orang yang berbadan gemuk itulah.

Siapa yang suka badan dia gemuk? Yang suka melihat apabila seseorang itu gemuk banyaklah. Ader orang yang gemuk sebab memang kuat makan. Ader juga dah memang keturunan. Ader pula dah tiba-tiba jer gemuk. Nak buat macamana? Mentang-mentanglah kome badan okey-okey jer... sesuka rasa jer nak gelak bila tengok gambar orang gemuk. Cuba rasa kalau suatu hari anda berada ditempatnya dan orang lain pula ketawa bila melihat kita... bagaimana? Mahu juga rasa menyirap darah ke kepala.

Kadangkala kita ambil remeh perkara-perkara mudah begini.  Alah cikgu.. sekadar hiburan sahaja. Yang kita tak sedar sebaliknya. Kejadian itu ciptaan siapa? Kita mentertawakan mereka... kita menyindir-nyindir mereka... kita jadikan mereka macam mainan hidup kita. Kita sedar tak mereka itu ciptaan siapa? Siapa yang kita ketawakan sebenarnya? Kita mengutuk dan menyindir siapa sebenarnya? Yang Allah ciptakan itu mempunyai kelemahan dan kekurangannyer sendiri. Kenapa kita nak bermain dengan perkara seperti ini?

Banyak lagi cara untuk berhibur. Bukan menjadikan kekurangan orang lain sebagai bahannyer. Jangan ingat apa yang kita buat tiada pahala dan dosanyer. Ini dosa sesama manusia. Tak melangkah ke syurga selagi tak mohon maaf dari mereka. Apa lagi bila menyiarkan gambar-gambar orang yang tidak kita kenali... hanya sebagai bahan suka-suka. Jika dia terasa? Bagaimana kita nak minta maaf padanyer. Udahlah tak tau di mana dia berada. Fikir dulu sebelum melakukan sesuatu dan cuba letakkan diri kita bila berada di tempat itu.

 orang berbadan besar juga ada cita-cita dan impian...
(gambar google)

soksek2: Saya juga tidak sempurna.. jika ade salah silapnya, tegur sahaja dan insyallah saya terima dengan hati yang terbuka.