Errr.. salah ke kencing berdiri? Boleh kena hukum ke? Bagaimana pula jenis hukuman yang di kenakan? Denda wang ringgit? Penjara beberapa hari? Gantung tak bertali. Mengikut apa yang diketahui kencing berdiri tidaklah diharamkan tapi tetap bergantung kepada keadaan. Kencing secara duduk pula adalah disunatkan. Jadi yang mana menjadi pilihan? Yang mendapat pahalakah atau yang tidak memberikan apa-apa?
TIDAK diharamkan seseorang kencing berdiri, terutamanya apabila adanya keperluan. Namun begitu kencing secara duduk itu adalah sunat kerana itulah kebiasaan yang dilakukan oleh Nabi S.A.W. berdasarkan hadith daripada ‘Aisyah R.A.:
مَنْ حَدّثَكُمْ أنَّ النَّبِيَّ صَلى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَبُوْلُ قَائِمًا فَلَا تُصَدِّقُوْهُ ، مَا كَانَ يَبُوْلُ إلَّا قَاعِداً
Maksudnya: “Sesiapa yang menceritakan kepada kamu yang Nabi S.A.W. pernah kencing berdiri, maka janganlah kamu mempercayainya, tidaklah baginda kencing melainkan dengan duduk.” (HR al-Tirmizi, dan beliau berkata: “Hadith ini adalah yang paling sahih di dalam bab ini.” Hadith ini juga di sahihkan oleh al-Albani di dalam sahih Sunan al-Tirmizi)
Lajnah Daimah 5/88 (Badan Tetap Fatwa Arab Saudi) apabila ditanya tentang hukum kencing berdiri, mereka menyatakan keharusannya sambil menegaskan sunatnya kencing secara duduk dengan berdalilkan hadith di atas. Seterusnya mereka menyebut:
“Ini disebabkan (kencing secara duduk itu) ianya lebih terlindung dan lebih terpelihara daripada terkena percikan kencingnya. Telah diriwayatkan hadith tentang keringanan kencing secara berdiri dengan syarat selamat daripada terkena percikan kencing pada pakaian dan badan, dan selamat dari terdedah aurat.
Saya mengajar anak lelaki saya duduk jika hendak membuang air kecil. Pendapat saya cara ini lebih menjaga kebersihan. Ini kerana risiko air kencing memercik merata-rata dalam bilik air tu dapat di kurangkan. Tau-tau sahajalah anak kecil bila menjaga kebersihan. Risau juga saya jika memijak tempat-tempat yang bernajis walaupun selalunya saya akan menjirus bilik air sebelum mengangkat hadas kecil.
Along dah terkantoi tadi.. selalu saya bising siapa yang kencing berdiri bila terhidu bau-bau yang kurang menyenangkan. Selalunya adiklah yang dipersalahkan. Kali ini Along tak dapat menafikan lagi. Ibu telah membuat intipan besar-besaran. Mengalirlah sekejap airmata Along. Bukannya saya marah pun. Tegur baik-baik jer. Orang buat salah begitulah...
errr.. yang ni jangan di buat!
(gambar google)