TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Tuesday, April 13, 2010

Jadi fasilitator lagi - Copy pastelah niii

Jadi fasilitator lagi! Untuk kali ketiganya saya menjadi fasilitator untuk malam kebudayaan aktiviti perkhemahan sekolah. Kalau tengok dari senarai tugas yang di beri.. macam copy paste jer tiap-tiap tahun. Tahulah nak mudah.. tapi janganlah bagi orang yang sama dengan tugas yang sama. Edit-edit sikit tak boleh ke? Yang dapat tugas mudah tersenyumlah sentiasa... yang jadi fasilitator ni.. rasa macam nak pecah kepala.

Kenapa cakap belakang, cikgu? Kenapa tak luah depan-depan? Tak payahlah dibuat.. dah tau dah jawapannya. Kang buat lagi sakit hati. Untung ada blog... boleh juga melepaskan rasa dijiwa. Berkirakah saya? Orang kata hidup dalam dunia zaman sekarang memang perlu berkira. Sebagai cikgu matematik lagilah saya berkira-kira. Bukan mudah nak jadi fasilitator untuk malam kebudayaan ni. Nak cari dan beri idea. Itulah yang selalu membuntukan. Belum bab melatih lagi. Karenah bebudak? Biasalah.. antara layan atau tak jer..

Bila diberi tugas takkan nak buat sambil lewa. Mestilah nak buat yang terbaik. Mestilah nak lihat kumpulan murid yang kita pimpin itu mendapat tempat yang terbaik. Untuk mencari yang terbaik pula bukan mudah. Kalau dulu lagu MAKHLUK TUHAN PALING SEKSI nyanyian Mulan Jameela itu saya tukar liriknya. Tahun selepasnya perpantun seloka. Tahun ini apa lah pula... Idea-idea.. ada sesiapa yang sudi berkongsi?

 (gambar google)

MAKHLUK TUHAN PALING SEKSI - Gubahan Lirik (edisi bersih)

Mari kawanku... lihatlah kami
Di malam ini... menghiburkan hati
Mari kawanku... lihatlah kami
Di malam ini... menghiburkan hati
Ahhh..
Jangan ada benci... dan iri hati... kepada kami...
Tingkatkanlah usaha... jika ingin hidup berjaya
Jangan ada sengketa... untuk hidup lebih sempurna..
Ah ah ah 2x
Ih ih ih 2x
(ulang jer lagi...)