TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Monday, April 19, 2010

Hari ini ibu tak masak yer anak-anak sebab ibu nak layan blog ni sampai lebam dan pitam!

Tolong jangan telefon teledera sebelum anda habis baca entri ini. Bukan saya layan blog sampai lebam dan pitam sebenarnya. Saya mengamuk kat doh pizza yang asyik melekat-lekat tak jadi tuuu. Udah ler mood rajin datang tiba-tiba... dan doh tuu buat ragam pula. Why...why tell me WHY? Bukan tak pernah buat pizza sebelum ni. Setakat lepas makan anak beranak tu okeylah tapi kali ini memang menguji kesabaran sunguhhh! Sabar Isza sabarrr...

Dah bercawan-cawan tepung yang saya masukkan supaya doh tu tak melekat-lekat sampai tinggi menggunung jadinya. Penat saya menguli umpama berlari mendakit puncak yang tinggi. Berpeluh jangan cakaplahhh... kalau kumpul mahunya bercawan-cawan. Saya memang buntu... kalau menuntut tak berguru begitulah jadinya agaknya. Anak-anak dah mula memegang perut yang berdangdut dengan riang gembira. Janganlah mereka merungut sedikitpun kata kerana saya akan bertukar menjadi Singa. Semua ni gara-gara doh itu.

Akhirnya saya bertawakal sahaja. Tempek-tempekkan doh yang ader pada bekasnya. Masuk dalam oven tak masak sepenuhnya pula. Muka anak-anak mula masam mencuka. Saya kuatkan api sesuka hati... janji pizza dapat dimakan nanti. Lepas juga anak-anak menjamu selera. Walaupun tidak seindah rupa tapi sesedap rasa. Anak-anak kata. Tak tahulah berkata sedap untuk mengambil hati ibunya atau perut yang ada sedia lapar. Habis mereka kerjakan sehingga saya hampir merajuk ingin masuk ke Batu Belah Batu Bertangkup. Sekeping berjaya diselamatkan lalu saya abadikan dalam blog ini sebagai tanda kenangan dan ia telah selamat masuk ke dalam perutku.

Sila percaya yer yang ini pizza dan bukannya roti sardin... huhuhu