Sila abaikan tajuk yang macam orang perasan sorang-sorang. Saya masih sedar di mana saya. Kalau ikut umur blog ini pun baru 4 bulan sahaja. Kalau bayi baru nak belajar meniarap umpamanya. Memang ader blog yang 4 bulan pun dah popular dan itu rezekinyer. Saya budak baru belajar walaupun di sekolah saya yang mengajar. Kalau niat saya nak mengejar traffik payahlah jadinya. Saya akan cuba untuk kembali kekal dengan niat saya berblogging walaupun ader masanya saya melampaui landasan mengejar glamer. Itu kekurangan saya sebagai insan yang bernama manusia.
saya tengok orang lain pun sembunyi-sembunyikan fakta2 kat situ jadi saya pun sembunyikanlah jua...hehehe
Syukur kerana dapat memperolehi buffered earnings yang pertama. Memang asalnya saya tak tahu pun apa itu buffered earnings. Kenapa orang terkejar-kejarkannya dan sehingga kini saya masih belajar memahami fungsinya. Tak kisahlah berapa buffered earnings yang dapat, saya akan tetap berblogging dan terus berblogging sampai jemu.