Kenapa kita serba salah untuk menegur demi menjaga sebuah perhubungan yang dinamakan persahabatan? Dengan tiket apakah kita sudi memegang gelaran ini buat sahabat kita. Adakah demi menjaga sekeping hati kita berdiam diri? Adakah kerana tidak mahu melukakan perasaan kita sanggup membiarkan sahabat terus hanyut kealpaan? Bersedialah untuk menyatakan yang benar jika anda benar-benar seorang sahabat. Sahabat yang sebenar bukan sekadar menjaga hati dan perasaan tapi juga kehidupan sahabat di hari kemudian.
Saya selalu kecundang dalam menjalinkan sebuah hubungan yang dinamakan persahabatan. Hanya kerana saya sering menyatakan kebenaran akhirnya saya dijauhi. Memang hati saya pedih dan sedih tapi saya yakin Allah akan memberi petunjuk buat sahabat saya suatu hari nanti. Kesedihan saya ubati dengan rasa puas kerana dapat menyampaikan yang benar walaupun pahit tanpa perlu menjadi hipokrit. Selalu juga saya dituduh berlagak baik bila bertindak menyelamatkan sesuatu keadaan. Kalau ikut perasaan memang hendak dibalas dengan kepedasan tapi saya yakin Allah mengetahui niat saya yang sebenar.
Saya juga selalu beralah dalam menyelamatkan hubungan atas dasar persahabatan. Bagi saya beralah tidak semestinya kalah. Kadangkala kita menang dalam diam. Tidak perlu bergaduh atas sesuatu yang sebenarnya tiada nilai berbanding nilai persahabatan itu. Jika sahabat kita yang menang dalam sesuatu perebutan terima sahaja itu adalah ketentuan dariNYA dan ada hikmah yang lebih baik untuk kita. Saya masih merindui sahabat-sahabat saya yang telah pergi meninggalkan saya. Kadangkala saya terfikir juga, adakah saya ini tidak layak untuk bergelar sahabat untuk orang lain?
bernilaikah sebenarnya hubungan persahabatan itu?
(gambar google)