Minggu ni ada kalangan cikgu-cikgu di sekolah saya diserang. Bukan oleh virus H1N1 yang kembali berleluasa tu. Kalau dah namanya cikgu, siapa lagi penyerang utamanya. Tentulah ibu bapa. Memang hangat juga kes yang berlaku sehingga ada cikgu yang kena beri surat tunjuk sebab. Bercerita pasal surat tunjuk sebab ni.. perkara yang cikgu-cikgu tak suka. Sebab yang hendak diberi tu pula bukanlah satu.. tapi empat. Jenuh juga memikirkan sebab yang harus diberi untuk membela diri.
Kesnya pula adalah kerana ibubapa ni tak berpuashati dengan sikap cikgu-cikgu tersebut. Ada yang dicop sebagai cikgu mulut laser. Cikgu ni manusia juga kan. Kalau dah dari bulan Januari hingga bulan April perangai murid tu menjadi-jadi... mana boleh tahan. Lagi pun laser bukan sebarang laser. Laser untuk kebaikan juga. Tang cikgu mulut laser tu dihebohnyer sangat. Tang anaknya jadi hero dalam kelas tu tak dikisahkannyer pula. Anak tak buat kerja yang diberi tak diambil peduli. Kes bukan setakat di sekolah.. tapi dibawa hingga ke peringkat PPD.
Kes yang kedua pula pasal tak suka cara cikgu tu mengajar. Aduhaiii... kalau pandai sangat komplen cikgu tak pandai mengajar.. berhenti sekolah dan sekolahkan anak di rumah. Cubalah kaji.. adakah semua murid tak suka cikgu tu mengajar sebelum aduan dibuat. Kalau ada yang suka, kenapa anaknya tidak suka. Sepatutnya... didiklah anak itu untuk menyukai setiap gurunya. Cikgu curahkan ilmu. Dia baik ke.. jahat ke.. cantik ke.. buruk ke.. best ke.. tak best ke... ajar anak untuk tahu dia tetap cikgu kita dan kita perlu hormatinya.
Ibu bapa macam ni memang melampau-lampau. Sukahati jer deme nak serang. Mereka tahu tak effectnyer pada guru tersebut. Silap-silap masuk dalam kesalahan disiplin. Kena-kena JPN turun untuk memantau. Padahal, hal yang sebenar boleh diselesaikan dengan mudah. Ni macam dah masukkan pasir dalam periuk nasi orang lain. Nanti kalau anak tersangkut mesti cikgu disalahkan lagi. Bukannyer nak mengenang sikap diri sendiri.
Bila dilihat daripada sikap ibubapa tersebut tahulah darimana anak mereka mengikut. Sabarlah cikgu-cikgu. Ada satu perkara yang saya amalkan bila belajar dari pengalaman. Setiap kesalahan yang anak murid buat mesti rekodkan. Bila anak murid hantar buku... buat list dan tanda siapa yang hantar atau tidak. Tak kira kesalahan besar atau kecil mesti dicatat. Bukannyer kita nak berkira dengan bebudak. Masalahnyer... kalau dapat kes begini mana nak cover diri? Kalau ada hitam putih, boleh jugalah jadikan bukti. Kalau kesalahan berulang, buat aduan pada pihak pentadbir. Jangan simpan sendiri. Memang susah tapi biar susah sekarang daripada susah kemudian hari.
serangan ibubapa sama berbisa dengan serangan jerung ini.. silap-silap boleh mebawa maut!
(gambar google)