Cik Gadis Terbilang telah mengimbau kembali nostalgia lama saya bila dia menyiarkan entri INI. Hehehe.. resah gelisah rasanya jika benda alah itu cuba menjalankan visinya. Tak ada saper yang suka dihinggapi benda alah tu. Kehadirannya pula memang sukar dijangka. Walaupun bagaimana kita menjaga kebersihan sekalipun.. kalau yang berhampiran mula menternak benda alah tersebut... potensi itu kita dijangkiti amatlah besar. KUTUNAMKAKINYAKUTUNAMTUNAMKAKINYA.
(gambar google)
KUTU. Hanya melibatkan empat perkataan dalam namanya tetapi memberi beribu penyeksaan. Sedikit sejarah ringkas mengenai kutu. Kutu adalah parasit jenis serangga yang tidak bersayap. Kutu menyerang manusia dengan bersarang di kepala. Cara makannya ialah menghisap darah. Ia akan mengeluarkan bahan yang menyebabkan reaksi alahan pada kulit kepala sehingga mengakibatkan gatal-gatal. Ia bertelur dalam bentuk butir-butir putih dan menempel pada rambut. Telur kutu mengambil masa lima hingga tujuh hari untuk menetas. Kutu akan merangkak atau meloncat-loncat di kulit kepala tanpa disedari.
Kutu kepala adalah sejenis parasit penghisap darah yang biasanya hidup dibahagian kepala. Kutu betina mampu bertelur enam biji sehari. Telur ini selalunya melekat dengan kuat pada rambut. Telur-telur ini akan menetas selepas lebih kurang 8 hari. Kutu kepala merebak dengan cepat melalui sentuhan terus dengan rambut yang bermasalah. Ia juga melompat ke kepala melalui berus atau sikat rambut, topi, bantal dan tuala.
Haaa.. begitu cepatnya kutu membiak dan memberi bahana pada mengsanya. Anak-anak yang dijangkiti kutu yang tidak terkawal, bercenderung untuk memiliki akal yang lembab. Ini kerana bahagian otak tidak medapat bekalan darah yang secukupnya akibat yelah dimakan oleh kutu. Teringat satu petua yang diamalkan oleh jiran saya dahulu. Jiran ini memiliki 5 orang anak dara yang sedang membesar. Biasanya kutu ni lebih berminat kepada orang perempuan. Mungkin kerana orang perempuan selalu memliki rambut yang panjang. Petua yang di amalkannyer memang sangat berkesan sehingga kutu tidak lagi berani bersarang di atas kepala anak-anaknya. Dua benda penting untuk melaksanakan petua tersebut ialah...
Sehelai tuala.. besarnya janji boleh bungkus kepala..
(gambar google)
dan..
penyembur racun lipas atau nyamuk
(gambar google)
Cara-caranya ialah semburkan racun lipas atau nyamuk tadi sesuka hati pada rambut yang berkutu tadi dan bungkuskan lebih kurang sejam. Huhuhu.. brutal betul jiran itu tapi hasilnya memang menakjubkan! Berani mencuba? Tiada pula effect pada rambut anak-anaknya sebaliknya bertambah lebat adalah.