TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Sunday, April 11, 2010

HADIAH DARI LUBNAN - Terima Kasih Saya Ucapkan

Dia akan kembali ke Malaysia tidak lama lagi. Welcome back! Di bumi Lubnan dia membawa diri. Bukan merajuk kerana cinta tetapi memenuhi misi negara. Mat terapkah dia. Bertugas di bawah ATM. Bukan mesin wang tu... tetapi Angkatan Tentera Malaysia. Usianya? Welcome ke alam pertengahan dewasa. Siapakah dia? Mengelarkan dirinya MSR sahaja. Apakah itu? Tak dapat saya membuat spekulasi.

Apa specialnyanya dia sehingga wujudnya entri ini? Ini kerana dia telah menghadiahkan sesuatu  daripada Lubnan. Sesuatu yang teristimewa dan amat berharga. THE CEDARS BLOGGER AWARD. Award yang penuh simbolik. Pohon Cedar selalu di kaitkan dengan ketahanannya... maka MSR berharap penerima award ini akan mencontohi sifat dan ketahanan pokok tersebut walaupun apa situasi dalam hidupnya. Memang besar maknanya. Semoga saya akan terus bertahan dalam apa juga keadaan. 


Ingin saya melihat bagaimana rupa pokok ini. Inilah rupa pokok ini hasil carian di google. Inikah rupa sebenar pohon Cedar wahai MSR? Tak dapat tengok live, gambar pun jadilah. Apa-apa jutaan terima kasih saya ucapkan. Semoga perhubungan berkekalan.

pokok cedar
(sumber google)