Hari ini Along ada Kem Ibadat di sekolah dari jam 2 petang hingga jam 5 petang. Mengambil keputusan untuk pulang ke rumah terlebih dahulu. Saya berpesan pada Along yang ibu akan mengambilnya semula jam 5 petang nanti. Tepat jam 5 petang saya dah tercongok kat sekolah bersama adik menunggu Along. Meriah sungguh sekolah petang Selasa ni. Macam-macam aktiviti yang di jalankan tapi saya tidak terlibat. Giliran saya pada hari lain.
Berhenti di simpang apabila lampu isyarat bertukar merah. Terasa seperti sesuatu yang tak kena. Arghhh.. perasaan apa pula ni? Saya meninjau-ninjau di sana sini. Erkkk.. adakah perasaan ini disebabkan hal ini. Rupa-rupanya kereta saya berhenti betul-betul bersebelahan dengan mayat seseorang yang baru meninggal. Sebab itu ke saya rasa tak tentu arah? Kalau ikut adat kaum itu, selalunya mayat orang yang meninggal akan disimpan selama seminggu di rumah bagi memberi peluang kepada sanak saudara memberi penghormatan yang terakhir.
Saya bukan lemah sangat. Saya rasalah... tapi semangat saya yang lemah. Erkk.. apa bezanya yer? Teringatlah satu kejadian di mana saya menyaksikan satu kemalangan berlaku di depan mata. Motor yang dipandu laju berlanggar dengan van ais yang baru keluar simpang. Melayang orang tu jauh dan terjatuh ke bumi. Memang ngeri keadaannya. Kepalanya terlangkup tapi tengkuknya terteleng. Saya masih berani melihat mayat tersebut. Konon-kononnya nak tunjuk pada anak akibat orang yang suka pandu motor laju-laju. Dalam hati risau juga jika anak-anak lemah semangat.
gambar ni search kat google.. macam ni lah eksiden yang saya tengok tu. Ada gambar yang tidak ditutup tapi xnaklah letak..
Bila balik ke rumah saya di landa perasaan yang kurang enak. Badan saya seram sejuk tetiba. Kepala saya berpinar-pinar dan tekak rasa mual. Ahhh sudah... kata saya. Kena badi ke? Segera mencari langkah mengatasi. Bertanyakan jiran-jiran jika mereka tahu membuat air penawar. Mujurlah salah seorang jiran saya memang ada menyimpan air penawar di rumah. Selepas jer minum dan membasuh muka barulah beransur hilang perasaan yang melanda.
Jadi saya andaikan yang saya ni bukan lemah semangat tapi semangat saya yang lemah. Saya masih berani untuk melihat sesuatu yang mengerikan atau misteri tapi semangat saya tidak kuat untuk menangkis serangan yang bakal di terima. Betul ke andaian ni?