Memang serba salah rasanya jika keadaan meletakkan diri untuk bersikap seperti kurang ajar. Bukan niat di hati untuk bersikap seperti kurang ajar. Tapi mereka juga perlu faham yang hidup ini tidak hanya melibatkan kerjaya. Saya juga ada keluarga yang perlu di ambil tahu. Memang 'ya', setiap orang mempunyai keluarga. tapi.. perlu juga diambilkira, adakah kita mempunyai posisi yang sama dan berada pada zaman yang sama?
(gambar google)
Masalahnya, saya tidak akan bersikap seperti kurang ajar sekiranya melibatkan perkara2 yang benar2 penting dan tidak membazirkan masa orang lain. Kalau saya dikehendaki untuk menyesuaikan diri dengan keadaan.. kenapa tidak mereka sama? Kenapa hanya sebelah pihak yang berkorban tetapi di sebelah pihak lain.. mereka menekan dengan kekuasaan yang ada pada mereka.
Perpada2lah dalam mencuri masa orang lain. Memang faham.. kamu mengambil kesempatan yang diperolehi untuk menyampaikan apa yang perlu kamu sampaikan. Biarlah ia 'straight to the point'. Apa perlunya berbunga2 bahasa? Jangan keluar dari tajuk. Sesuaikan diri dengan majlis. Adakah majlis yang dihadiri sememangnya khas untuk kamu atau kamu hanya diundang sebagai tetamu?
Sebenarnya, saya meluahkan kekecewaan saya pada 'Majlis Penutup Bulan Perasa'. Ucapan yang terlalu panjang oleh tetamu jemputan memang benar-benar menganggu saya. Maaf bertindak seperti kurang ajar meninggalkan majlis. Sedikit makanan pun tidak di jamah. Hadiah saya tidak dapat di sampaikan sendiri kepada 'pemberi surat cinta' dan 'penerima surat cinta'. Kesian mereka...
Maafkan saya. Saya ada tanggungjawab yang lain... dan untuk mendengar orang berucap perkara yang tak sepatutnya dalam tempoh yang agak panjang di anggap tidak patut. Daripada saya duduk mendengar tetapi hati mengutuk, saya terpaksa bertindak. Saya telah memberikan masa saya semaksimum yang mungkin... tetapi kamu seperti buat tak tahu dengan keresahan yang terpancar di wajah insan-insan yang lain. Kurang ajarkah saya?