TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Thursday, March 11, 2010

5 CARA MEMPERKENALKAN PENDIDIKAN SEKS PADA ANAK KECIL

Memperkenal pendidikan seks kepada anak-anak merupakan tanggungjawab penting kepada ibu bapa. Sebagai ibu bapa, kita sebenarnya yang harus mengambil langkah pertama dalam memperkenalkan pendidikan seks kepada anak-anak. Kadang kala.. kita merasakan perkara tersebut adalah terlalu peribadi untuk dibincangkan bersama anak masing-masing. Pantaulah mereka dari awal. Tanpa pendedahan yang sebenarnya dari ibu bapa, dikhuatiri ia menjadi punca kepada pencarian salah yang dilakukan oleh anak-anak.
 
Secara dasarnya, pada usia 2 tahun, anak-anak sudah mula faham berkenaan perbezaan alat kelamin lelaki dan perempuan. Disinilah tanggungjawab kita sebagai orang tua. Berikut adalah apa yang harus kita lakukan pada anak-anak dalam memperkenalkan pendidikan seks kepada mereka.

1. Menjelaskan bahawa alat kelamin juga disebut sebagai kemaluan, yang bererti malu bila dilihat dan disentuh oleh orang lain. Ajarkan anak untuk sentiasa menutup bahagian kelaminnya dengan pakaian yang sopan. Untuk jangkamasa pendek, ia penting dalam mengajarkan si kecil menghargai dirinya sendiri serta terhindar dari penderaan seksual.

2. Memaklumkan kepada anak nama sebenar bagi alat kelaminnya. Hindari istilah lain seperti “burung” atau 'cipit ' sebagai wakil kepada alat kelamin sekalipun ianya hanya untuk berkias. Ucapkan dengan istilah yang benar seperti penis(lelaki) dan vagina(perempuan). Untuk jangka panjang, pengetahuan ini penting agar anak menyebutkan alat kelamin dengan istilah yang benar agar terhindar dari penyebutan yang agak kasar dan lucah seperti k*** atau P*****.
 
3. Ajarkan anak-anak untuk menjaga kebersihan alat kelamin. Misalnya untuk anak perempuan, ajarkan cara membersihkannya setelah buang air kecil. Alat kelamin hendaklah dikendali sebaik mungkin. Maklumkan pada mereka, menyakiti alat kelamin akan membawa kesusahan/kesakitan kepada diri.

4. Menasihati anak dan mengingati mereka untuk sentiasa berpakaian menutup tubuh selepas mandi (keluar daru bilik air). Perbuatan bogel atau berkemban selepas keluar dari bilik air dimaklumkan sebagai perbuatan yang tidak sopan kerana tidak menjaga penampilan diri/pandangan orang lain.

5. Mengajar anak-anak untuk tidak menyentuh/ bermain dengan alat sulit sendiri/ rakan2. Katakan pada mereka perbuatan itu adalah satu perbuatan mencabul. Ibubapa boleh memberi contoh apa yang dimaksudkan dengan mencabul mengikut tahap pemahaman anak-anak. Selain itu, ibu bapa perlu menjelaskan perbuatan tersebut dikhuatiri boleh menyebabkan penyakit kerana terdedah dengan kotoran-kotoran di sekeliling.

Berilah penjelasan yang sewajarnya kepada anak-anak sekiranya mereka bertanya tentang seks. Jangan marah bila anak-anak mengajukan soalan mengenai seks. Gunakanlah istilah2 sains sebai penganti dalam penjelasan kita. Ketidakbukaan fikiran kita dalam perkara ini menjadikan anak-anak terus mencari jawapannya. Jawapan pertama yang diperolehi oleh anak2 selalunya akan terpahat kekal diingatannya.