TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Thursday, March 11, 2010

SIFIR 25 - Mudah sahaja

Menulis sifir 25 mungkin senang bagi kita sebagai orang dewasa tetapi tidak bagi anak-anak yang masih bersekolah rendah. Berikut adalah tips mudah untuk menulis sifir 25.


gambar google

1. Memaklumkan kepada anak bahawa dalam menulis sifir 25, berlakunya pengulangan nombor.

  25 <--- bermula dengan nombor 25 iaitu 25 x 1
  50
  75 <--- nombor 75 diperolehi untuk sifir 25 x 3
100
125 <--- pengulangan nombor 25 berlaku untuk sifir 25 x 5
150
175 <--- nombor 75 diulang semula untuk sifir 25 x 7
200
225 <--- pengulangan nombor 25 berlaku lagi untuk sifir 25 x 9

2. Sifir 25 turut boleh ditulis dengan menyenaraikan dahulu nombor 5 dan 0 di belakang nombor. Nombor di depan pula ditambah dengan nombor 2 dan 3 secara berulang.

Sifir 25
25
nombor 5 diperolehi dgn menambah nombor 2 di atas dgn 3 
 ---> 50
nombor 7 diperolehi dgn menambah nombor 5 di atas dgn 2 
 ---> 75
nombor 10 diperolehi dgn menambah nombor 7 di atas dgn 3
 --->100
nombor 12 diperolehi dgn menambah nombor 10 di atas dgn 2
 --->125
begitulah seterusnya operasi dilakukan secara berulang
 --->150 
175
200
225

SELAMAT MAJU JAYA