Baru balik dari GIANT. Oooo.. tak habis2 ke GIANT. Nak buat macamana.. dah GIANTlah yang paling dekat dengan rumah saya. Tujuan biasa.. ke GIANT buat ape? Anak nak makan mi sizzling. Tak tahu lah ngape Muqhlis tu suka sangat makan mi sizzling. Habis makannya. Berselera sungguh! Kalau tengok gaya dia makan. Macam orang dewasa makan mi. Saja je tunaikan hasrat dia... sebab dia ni susah nak makan nasi. Along pun tumpang semangkuk makan order mi sizzling. Along takde masalah.. semua jalan.
gambar google
Sebenarnya ada tujuan lain ke GIANT. Hari ini 11 haribulan. Hari terakhir untuk tebus hadiah yang di tawarkan oleh GIANT. Hadiah kuali atau periuk tu. Saya nak cek le.. kot2 stok dah sampai. Sambil beratur tu terlihat dan terdengarlah orang di depan ni membebel nama dia takde walaupun sudah ditulis. Jenuh mencari.. tak jumpa pun. Saya pun menyibuk le bercerita yang masa saya datang mula2 pun begitu. Boleh pula adik tu jawab tak tahu. Suka2 dia je. Terpaksalah orang tu tulis nama dia semula.
Saya pun terniat untuk cek nama saya kembali. Ehhh.. tak adalah. Ini sudah lebih. Kali kedua menulis nama pun nama masih tak ade. Heran bin ajaib? Mana pula ghaibnyer nama tu? Last2 kena tulis lain lagi. Saya pun membebellah yang ini dah kali ketiga saya menulis nama saya. Bayangkan nama2 orang lain... mesti banyak tercicir. Ni dah jadi kes naya. Mesti lepas sampai stok nanti ramai orang yang komen. Kepada pelanggan yang datang hari ni macam saya dan orang tadi, selamatlah. Macamana pula dengan mereka yang menulis nama sekali dan tidak menyemaknya kembali. Hanya menunggu panggilan telefon dari pihak GIANT sahaja.
Sebenarnya pengurusan pihak GIANT di sini memang banyak kepincangannya. Tak tahulah samaada mereka tak pernah menerima aduan atau buat-buat tak tahu. Agaknya.. kalau report kat media seperti TV3, barulah nak lebih prihatin sikit. nak buat camne.. situ je pilihan terdekat dan semuanya ada di sana. Setakat ni.. kalau tak puashati..komplen..komplen dan komplen.