TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Friday, March 12, 2010

REZEKI BERGOLEK - GOLEK

Hari ni hari JUMAAT. Ehhh.. semua orang tau. Tapi tahu tak yang hari ni cuti pertengahan penggal satu telah bermula. YAhoo.. CUTI!!! Kemain seronok lagi erkkk bila cuti. Cikgu cuti.... Sila jangan jelesss. Jangan kata bebudak jer yang teruja. Cikgu pun sama. Alahhh.. jangan kata cikgu.. semua orang pun suka kalau cuti kan. Ada sesiapa yang tak suka cuti? Ishhh.. memang komited sungguh orang itu.

Tapi janganlah sangka kalau cikgu cuti ni tak payah datang sekolah. Boleh duduk melepak kat rumah atau pergi CUTI - CUTI MALAYSIA. Macam saya ni... Hari Isnin ni ada kelas tambahan untuk tahun 6. Kelas tambahan matematiklah. Walaupun saya tak ajar tahun enam.. tapi memikirkan murid-murid tu adalah murid-murid yang pernah saya didik dari tahun 3 hingga 5, dengan semangatnya saya mengorbankan cuti sehari untuk anak didik tersayang. Ehhh.. ingat sejam dua ke? Dari 745 pagi hingga pukul 12 tengahari tu.. Hahaha.. Oktagonlah kepala murid2 tu seharian belajar matematik.

Hari ni rezeki datang bergolek. Jangan tak tahu aktiviti PENUTUP BULAN PERASA semalam ditangguhkan hari ini kerana kesuntukan masa. Kiranya.. saya berpeluang untuk menyampaikan sendiri hadiah saya kepada penerima surat cinta dan pemberi surat cinta. Saya juga turut menerima hadiah dari mereka. Terima kasih yaaa. Yang paling tak disangka-sangka, pemberi surat cinta adalah orang yang rapat dengan saya. Pandai cikgu berlakon yer.. Di simpannya rahsia rapat-rapat.

Hadiah yang saya terima dari mereka dan mereka. Seperti biasa.. jangan harap le nak tengok hadiah tu berbalut. Dapat je.. dengan rakusnya saya mengoyakkannya. Apa2pun saya suka hadiah tersebut. Yang penting adalah keikhlasan...

hadiah kain batik yang saya terima dari penerima surat cinta.. MISS LEE. MISS LEE adalah PK Koku di sekolah saya. Nanti saya buat kain kebaya nyonya ya MISS LIM. Tunggu saya slim dulu erk..

hadiah daripada pemberi surat cinta.. CIKGU AINUL. Saya cadang nak masukkan bunga potpuri dalam tu. Mesti harum berseri rumahku nanti.

Ini pula hadiah yang tak disangka-sangka. Dari bekas rakan perasa 2008. Adik ofis SKTD.. FAIZAL. Apa mimpinya pun tak tahu. Yang penting dia masih mengingati saya sebagai seseorang yang pernah menjadi rakan perasanya dan berkongsi suka duka di SKTD.

Jeng...jeng..jeng.. Hadiah yang paling comel yang saya terima hari ini. Encik Posmen datang hantar kat sekolah. Hadiah untuk WHISPER YOUR LOVES NEST CONTEST. Dari adik HANA. Memang comey macam tuannya. TERIMA KASIH ya dik. Akak suka.. tapi kan kalau kan... ada lagi dua  kan.. lagi best kan... sebab akak dah berebut ngan anak-anak. ;p

Sekurang-kurangnya hadiah yang hadir menjadi penawar jiwa. Panas tadi di sekolah.. panas yang dalam erti kata PANASSSS.. huhuhu.