TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Friday, March 12, 2010

KASUT BUDGET CUTE

Semalam dengan semangat berkobar2nya nak pi jogging hari ni. Kerana kekobaran yang ada maka untuk sekian kalinya saya telah mengebas membeli kasut sukan. Ohhh... dah lama rupanya tak pakai kasut sukan. Rasanya ada le dalam sepuluh tahun lamanya. Aduihhh.. dah tak tahu kasut sukan mana yang nak di pilih. Nampak glamer jer semuanya. Mana idak,  kalau dulu.. paling kurang pun pakai kasut kungfu je. Sekali tengok design kat kedai BATA tu.. Wow.. meriahnyer.

Tecangak je saya nak memilih. Nasib baik le adik BATA tu MESRA PELANGGAN. Di sapanyer kita. Di tanya apa kehendak kita. Di beri penerangan yang sebaiknya. Itu...ini..itu..ini.. bla3. Baguslah adik tu. Boleh jadi salesgirl yang berjaya. Mencari sepasang kasut sukan yang simple. Yang tak puas hatinya.. pasal pe mesti ada kaler pink pada setiap kasut? Bukan tak suka kaler pink. Tapi cute sangat. Tak padan ngan tuannyer ni.

Akhirnya pilih jugalah sepasang. Lagi pun sukan sekolah tak lama lagi. Boleh le diguna pakai. Tugas di padang sebagai PENGURUS PESERTA RUMAH. Takkan nak pakai kasut tumit tinggi kot. Ini lah kasut sukan yang saya rembat. Nak tunjuk gakkk...


Budget cute lah tu.. saiz pun tak tahu. Pandai adik tu agak pakai saiz ape. Iyalah kan.. SALESGIRL. Apa2pun semangat nak pergi jogging petang tadi berkubur begitu sahaja. Hujan tu.. Takpelah, esok pagi pergi PADANG POLO. Jangan 'Hangat-hangat tahi ayam sudah'. Maklumlah... hujan telah semakin rajin menampakkan titis-titisnya. Tarik selimut lagi sedap. Ermmm...