TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Friday, March 12, 2010

MENJUNJUNG KASIH

Salam diberi tanda ingatan,
Dari jauh hamba kirimkan,
Maaf membiarkan dirimu dalam penantian,
Kasihmu kini hamba jawabkan.

Jangan ditanya bila permulaan,
Serius cakap hamba terlupa,
Entri pertama hamba belekkan,
Bulan dua belas hamba bermula.


Kiriman diberi tidak terduga,
Pemberti misteri tidak bernama,
Hati tertanya-tanya siapa pengirimya,
Mimpi apa pula berkirim berita.

Tag syahdu yang dirimu kirimkan,
Kini terjawab semua persoalan,
Hubungan yang jauh dapat dieratkan,
Semoga ia sentiasa berkekalan.

Jawapan untuk tag yang diberi oleh Pak Long. Terima kasih kerana sentiasa mengingati rakan disini. Salam manis dari saya yang manisss... SenYuM