TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Wednesday, March 10, 2010

PECAHAN - Menambah pecahan 2

Menambah pecahan yang mempunyai penyebut (denominator) yang tidak sama memang mendatangkan masalah kepada anak-anak. Dalam hal ini, perkara yang paling penting dilakukan ialah mengingatkan anak-anak untuk mengikut langkah2 yang ditetapkan. Insyaallah, jika latihan selalu dilakukan mengikut langkah-langkah yang di pelajari, menambah pecahan yang mempunyai penyebut yang tidak sama bukan lagi kesukaran untuk anak-anak.

Berikut merupakan perkara2 penting yang perlu difahami dalam. Peraturannya ialah, kita haruslah mencari angka sepunya terkecil bagi kedua-dua denominator. Langkah2 di bawah di harap dapat membantu.

Contoh:
2/3 + 1/6 = ?

 

- (untuk mencari angka sepunya. Lihat penyebut yang paling kecil. Dalam contoh ini, 3 < 6. Senaraikan sifir 3.

3
6 <---ada nombor 6 dalam sifir 3. 6 diperolehi dengan mendarab 3 dengan 2.
9
12
15
18
21
24
29

- lakukan pengiraan seperti contoh di bawah.


 


Contoh 2:
1 / 3 + 2 / 5 = ?
- Dalam contoh 2, anak2 perlu tahu tiada jawapan 5 dalam sifir 3 dan tiada jawapan 3 dalam sifir 5. Oleh itu, anak-anak perlu menyenaraikan sifir 3 dan 5 untuk cari angka sepunyai terkecil bagi 3 dan 5.

 
- Apabila angka sepunya terkecil di perolehi maka langkah pengiraan di buat seperti contoh di bawah.


- pendaraban silang turut boleh dilakukan tetapi pendaraban silang tidak di galakkan untuk anak-anak tahap sederhana kerana dikhuatiri ia tidak dapat memberikan hasil untuk angka sepunya terkecil.

- adalah lebih selamat untuk anak-anak menyenaraikan sifir bagi mencari angka sepunya terkecil bagi nombor yang ditambah untuk penambahan pecahan yang penyebutnya tidak sama.

SELAMAT MAJU JAYA.