TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Thursday, March 25, 2010

PERPULUHAN - Cara membanding beza nombor

Membanding beza nombor perpuluhan memang selalu mendatangkan masalah kepada anak-anak. 

Sebagai contoh:
Nombor perpuluhan manakah yang lebih besar?
 

0.42 atau 0.402

- Selalunya anak-anak akan memberikan jawapan 0.402 sebagai nombor perpuluhan yang lebih besar kerana ia mempunyai lebih digit. Perlu diingat bahawa jawapan yang diberi adalah TIDAK TEPAT!

Berikut ialah langkah-langkah yang boleh di ajar pada anak-anak untuk mebanding beza nombor perpuluhan.

- Seperti selalu, ingatkan anak-anak untuk sentiasa menggunakan 'place value table'

- Isikan nombor mengikut kedudukan 'place value'nya.

- Isi kotak kosong dengan sifar.

- Perbandingan dimulai dengan lajur pertama sebelah kanan jadual dengan memilih nombor yang paling besar mempunyai nilai nombor yang besar.

- Sekiranya nombor adalah sama, perbandingan dibuat pada lajur seterusnya.
Contoh
Susun nombor-nombor perpuluhan di bawah dalam tertib menurun.

0.402, 0.42, 0.375, 1.2, 0.85


Langkah:
Bina jadual dan ikut langkah-langkah yang diberikan.




Buat perbandingan:




Maka jawapan yang di perolehi ialah
 

1.2, 0.85, 0.42, 0.402, 0.375 
 
SELAMAT MAJU JAYA!