TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Thursday, March 25, 2010

MAKI ISTERI DEPAN ORANG - BENGONG PUNYA LAKI

Hairan dengan sesetengah sikap orang lelaki ni... terutama yang udah kahwin le. Di manakah sikap tanggungjawab mereka? Bukan ke sebelum berkahwin dulu mereka sedia maklum yang mereka akan bertanggjungjawab terhadap isteri dan anak mereka? Bila dah pikul tanggungjawab, buat-buat tak tahu dan ambil mudah. Penting diri sendiri.

Kena pula yang suka sumpah seranah anak bini. Lepas tu tak kira tempat. Di rumah ke, depan orang ke, asal jadi jer. Tak tahu nak jaga air muka anak bini. Nasib baik ler kami orang perempuan ni faham. Suami yang begitu TAK LAYAK dihormati langsung! Kesian tengok isteri yang menanggung malu dengan sikap suami yang BENGONG macam tu.

Saya pernah berhadapan dengan kes seperti ini. Kalau ikutkan hati nak jer pergi tempelak balik orang laki tu. Mentang-mentanglah isteri tu jenis baik tak melawan. Suka-suka dia je nak ditengking-tengkingnya bini dia. Tak sedar diri punya orang! Dapat isteri yang tak banyak cakap tapi diri sendiri yang naik lemak. Cuba dapat isteri yang jenis lawan balik. Baru bertemu 'buku dengan ruas' agaknya. Mentang-mentanglah dia yang beri nafkah anak bini (isteri tak bekerja), jadi sukahati dia lah nak buat apa kat anak bini kot. Siap ungkit-ungkit lagi, kalau dia tak tanggung, melaratlah anak bini tu. Sedarlah wehhh.. itu tanggungjawab! Bini tak kerja beranilah cakap kan.. cuba bini kerja.. dengan muka tak malu tumpang duit bini sama.

Udah ler sakit. Tak ingat langsung pengorbanan isteri. Mana nak tengok suami, mana nak tengok anak. Berulang alik le bini tu dari hospital ke rumah. Lambat ambil daripada hospital pun di maki hamun depan orang dan  di halaunyer bini dari rumah. Caittt! Tak guna punya orang! Elok biar jer dia sakit tersungkur depan jalan tu. Masa tu baru nak sedar langit tinggi atau rendah kot. Sabar seorang isteri sanggup jer menahan perangai suami yang macam tu. Suami dia... tentu le dia sayang. Macamana pun kena sabar ler...

Kalau nak kira pasal duit.. sanggup isteri menebalkan muka meminjam sana sini. Perut anak-anak nak diisi. Yuran sekolah anak pun tak berbayar. Gunalah kemahiran yang ada untuk sara hidup. Harapkan laki... kira sedap dia. Sanggup makan sedap sorang-sorang. Kalau makan di luar takpelah. Ni beli sebungkus bawa balik. Anak bini ambil bau jer. BUSUK hati perut!

Agaknya sebab itulah ALLAH menjadikan setiap pasangan itu perangai yang berbeza. Saling melengkapi antara satu sama lain. Kalau dua-dua PANAS BARAN jenuh juga. Kepada orang perempuan di luar sana... sabar ikut tempatlah juga. Saya bukan nak merosakkan mahligai yang dibina. Kalau bertahun-tahun memendam rasa, menelan maki hamun yang ada, di jadikan HAMBA.. BUAT APA? Sabar perlu ada batasnya. Keluar dari kepompong yang ada. Gunakan pelbagai cara. Maju kan diri sendiri contohnya. Biar si suami buka mata.. kita bukannya hidup bergantung pada mereka semata-mata.

 gambar google

soksek2: Entri emo sikit ari ni.. kalau saya masuk campur tadi mahu meletup kat taman ni agaknyer. Yang tengok tiap-tiap hari pun sakit jiwa.. ni kan pula yang menelannya setiap masa.