TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Thursday, March 25, 2010

BUDAK 11 TAHUN BERIMAGINASI TENTANG SEKS

Daya imaginasi seorang kanak-kanak perempuan tentang seks! Berkongsi sebuah kisah benar sebagai panduan kita bersama. Tidaklah diketahui kisah penuh yang berlaku. Yang di dengari hanyalah sembang-sembang berisi sambil mengisi perut yang kosong.

imaginasi normal seorang kanak-kanak
(gambar google)

Dikatakan murid yang baru berumur 11 tahun itu (darjah 5) telah dicekup oleh pihak sekolah selepas menerima aduan daripada rakan-rakannya tentang buku seks yang dimilikinya. Buku seks tersebut bukanlah sebuah buku yang diperolehi daripada mana-mana pihak ataupun dibeli di pasar-pasar gelap. Buku tersebut adalah hasil karyanya yang mengandungi coretannya (dialog) bersama kekasih gelapnya dilengkapi dengan gambar lucah hasil seninya.

 sekadar gambar hiasan
(sumber google)

Setelah siasatan dilakukan, didapati murid tersebut telah menonton adegan seks daripada sebuah laman porno yang dilawati di sebuah cyber cafe. Hasilnya, murid tersebut begitu teruja menzahirkan apa yang dilihat dalam bentuk penulisan dan illusi. Dari apa yang diketahui, gambar2 yang terhasil memang jelas menunjukkan adegan-adegan seks di antara seorang lelaki bersama seorang perempuan. Dialognya pula walaupun tidak matang (bahasa seorang kanak-kanak) tetapi tetap menjurus kepada ajakan melakukan seks.

Apakah tindakan yang sewajarnya yang harus di ambil oleh pihak sekolah? Selalunya, kes-kes seperti ini, murid akan diberi bimbingan dan kaunseling serta kejadian di laporkan kepada ibu bapa murid berkenaan. Cukupkah sekadar demikian? Mengucap panjang bila mendengar kejadian seperti ini. Bagaimana murid ini sewenang-wenangnya dapat melepak di cyber cafe? Di mana ibu bapanya? Dimana tanggungjawab pemilik/ penjaga cyber cafe? Adakah murid tersebut dapat melayari laman tersebut dengan sendirinya ataupun mungkin dengan bantuan/ajakan orang yang lebih dewasa?

Sifat ingin tahu seorang kanak-kanak memang kuat! Teringat saya kelakuan anak murid lelaki tahun 6 beberapa tahun dulu. Semasa itu saya mengajar subjek sains. Kalau di makmal sains mesti ada model/ replika bahagian tubuh manusia. Saya perhatikan kelakuan murid-murid lelaki ini. Lepas seorang-seorang berlalu sambil memegang bahagian buah dada replika tersebut sambil tersenyum2 sendirian. Agaknya apa yang ada difikiran mereka? Adakah mereka ingin merasa kenikmatan memegang bahagian tersebut?

lebih kurang macam ni lah model patung tu.. tapi yang ni dah tanggal kulitnya...
(gambar google)

Ada lagi satu kes dimana seorang murid yang GALAK menulis perkataan lucah di atas sekeping kertas bersama lukisan perempuan  yang sedang mengandung. Sedangkan pada kenyataannya, murid tersebut tidak pandai membaca dan menulis. Bab-bab lucah tu tahu pula dia menzahirkan. Untuk menerima ilmu yang baik amatlah susah tetapi bila ilmu seperti itu.. cepat benar dikuasainya. Masalahnya, daripada manakah dia mengetahui tentang ilmu tersebut? Pendidikan seks di sekolah memang ada pro dan kontranya. Saya cuma berharap, jika ianya dilaksanakan, biarlah ianya berada betul-betul di landasannya. Kalau terbabas SUSAH KEMUDIAN HARI.