NGAMUK.. NGAMUKK..NGAMUKKKKKK!!!!
nasib baik le bila mengamuk tak koyak baju.. Warghhh!!!
(gambar google)
Sehari tak mengamuk tak boleh ke? Yang ko tahu NGAMUK..NGAMUKK..NGAMUKKKKKK!!!! Aduihhh.. mana nak sabo dah ni... menjadi-jadi betul anak soleh seorang tu.. GERAMMM!!!
Mana tak geramnyer wehhh!!! Petang tadi seperti biasalah.. pukul 6 je bagi lah dua2 anak soleh tu main kat luar. Main2 dengan anak jiran. Ngintai dari jauh je.. idak le perasan apa benda yang di mainnyer. Yang pasti tak main kat tengah jalan. Elok je main duduk2 kat luar rumah jiran tu. Dalam pukul 7 panggillah balik. Suruh masuklah kan.. nak senja dah. Tahu tak apa saya nampak? Si Along tu main jadi budak perempuan. Siap ada tuala kat kepala (jadi rambutlah tu).. dan siap pakai kasut tumit tinggi saya! Mana tak geramnyer.. bukan pasal kasut tumit tinggi tu.. pasal tak habis2 main jadi perempuan!
Marah dah berapa kali marah dah.. Nasihat dah berbuih2 mulut ni. Di ulangnya lagi.. kalau nak cerita perangainya yang suka berlakon jadi perempuan tu... kadangkala tudung kita pun dikerjakannyer. Belum cerita bab barang make up lagi. Berkilat2 je kat mata tu waktu tidur. ALih2.. bila tengok.. dia pakai eyeshadow tu... Pandai lak tu soleknyer. Kalau ada adik beradik perempuan gamaknya.. mahunyer di pakai baju budak perempuan tu..
Ingat nak hantar dia pergi belajar silatlah. Biar jadi hero. Tapi kelas silat susah sikit nak terima budak 7 tahun ni. Deme kata takut bebudak tak dapat ikut arahan. Takpe lahhh.. sabtu ni pergi tanya.. leh tak nak daftarkan anak. Ada le saya bagitau dia.. nak suruh dia belajar silat. Taknak katanya! Kalau bab memasak cukup laju... Setakat resepi kek coklat kukus tu.. dalam kepalanyer aja.
Saya tak kisah dia suka mainan budak perempuan. Saya juga tak kisah dia suka kerja2 orang perempuan. Yang saya kisah dia berlakon jadi perempuan. Sampai saya kata kat dia.. lagi sekali ibu nampak buat macam tu.. ibu kerat2kan @#$%^ tu. Nak sangat jadi perempuan kan.. GERAM nihhh!!