TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Tuesday, March 9, 2010

AVON 'ETERNAL MAGIC' - Hilang Magiknya

Meluahkan rasa tidak puas hati terhadap produk Avon 'Eternal Magic'. Baru2 ini Avon telah membuat promosi di mana pengguna yang membeli Avon 'Eternal Magic' diberikan hadiah percuma iaitu seutas jam tangan. Yang menjadikan masalahnya ialah.. barangan percuma tersebut berada dalam keadaan yang tidak elok. Salah satu maniknya telah hilang. Walaupun satu.. tapi memang mencacatkan. Tahu lah barang percuma tapi janganlah sampai pengguna rasa tertipu. Avon bukan satu syarikat yang baru. Avon merupakan sebuah syarikat yang gah di Malaysia. Kejadian seperti ini.. sedikit sebanyak menjejaskan kredibiliti Avon sebagai sebuah syarikat yang kuat pengaruhnya.

Bila barang dihantar semula supaya dapat ditukar kepada yang lebih baik.. jawapan yang diperolehi ialah stok barang dah habis. Jalan alternatif ialah memberikan satu manik dan meminta pelanggan untuk memasangnya. Apa ni? Kenapa pula pelanggan yang kena uruskan? Kenapa tidak pihak mereka sendiri. Ada juga aduan di mana barangan percuma yang di beri telah putus. Di mana tanggungjawab pihak Avon? Bukankah barangan percuma yang diberi merupakan salah satu cara untuk menarik minat pelanggan? Pihak Avon patut lebih bertanggungjawab.

mula2 manik hilang satu.. kemudian putus bila cuba di pakai

Lihat saja gambar di atas. Apa yang patut pelanggan lakukan? Sia2 sahaja hadiah percuma yang diberi. Patutkan pelanggan dipertanggungjawab untuk menanggung kos kerosakan barangan tersebut? Tak salah jika pihak Avon menerima barangan yang rosak itu dan memberikan satu tempoh untuk mengantikannya semula. Bukannya dengan memberi alasan stok telah habis. Kemarahan pelanggan ditanggung oleh dealer2 Avon. Ini menyebabkan pelanggan yang mempunyai hubungan yang baik dengan pihak dealer telah mula bermasam muka. Di harap kejadian seperti ini tidak berulang. Sebagai dealer.. kami memberikan sokongan yang padu kepada pihak Avon tetapi kami rasa seperti tidak dihargai.