Masa mula2 beli rumah di kawasan ni.. dok terbayangkanlah suasana kejiranan yang mesra.. 'semangat kampung'.. macam kat taman perumahan saya membesar. Tapi.. bila hari berganti hari.. tahun berganti tahun.. bahangnya mula terasa. Semangat kejiranan seolah2 semakin renggang. Saya pun dah jarang pusing2 taman. Lebih2 lagi bila ada rumah baru di alam maya. Dok membelek rumah tu je lah kiranya.
Bila lepak petang baru2 ni, macam2 cerita yang saya dengar. Orang tu ngata orang ni.. orang ni sindir orang tu. Orang kata.. semakin lama kita kenal.. semakin kita tahu hati budi seseorang tu kan. Saya yang baik tak sangat bercampur ni pun di kata dek orang. Cikgu taknak bermasyarakat. Bab ada gelaran cikgu tu lah yang lemah sikit. Bukannya tak mau join.. tapi tak suka dengar hal2 sebeginilah. Dari tambah dosa.. baik saya ngadap laptop ni..
Awal tahun hari tu adalah beberapa orang yang syorkan supaya tiap2 bulan buat makan2. Boleh eratkan sillaturrahim. Bayar RM10 seorang. Idea bagus.. tapi pelaksanaan? Ada juga jiran yang tak di maklumkan. Mulalah ada yang terasa. Mana objektif sebenar? Ececehhh.. formal lak bahasanya. Bila dah berkumpul2 tu.. mula lah sindir2. Kata nak eratkan hubungan.. ini dah jadi kes menjarakkan hubungan. Ada yang merajuk. Susahlah macam tu..
Tapi saya rasa yang menjadi masalah di sini mungkin jarak umur. Yang baris di depan kebanyakkannya dah mula bergelar opah. Yang baris di tengah ni.. anak2 sedang membesar macam saya. Yang baris belakang campur2. Tahap pemikiran dah berbeza. Bahasa juga berbeza. Mungkin yang sindir tu niat nak menegur.. tapi tak betul gaya. Yang di sindir lak tak leh terima.. bahasa tu kasar baginya. Ermmm entah lah.
Ikutkan hati nak je beli rumah lain. Kawasan yang jiran tak ambil tahu hal orang. Orang kata kawasan elit. Ye ke kawasan elit begitu? Tapi tak seronok rasanya kan.. lagipun anak2 nak membesar. Takkan nak biarkan mereka berdua membesar di dalam rumah sendiri je. Tapi kan.. kat perumahan ni deme tak berani bising2 sangat kat saya. Saya sound direct je.. Buat apa ngata belakang2 kan...
Yang penting hubungan saya dengan jiran depan rumah ni masih lagi mesra. Kalau setakat nak pinjam barang dapur kalau terdesak, masing2 takde hal. Pinjam dulu.. nanti ganti esok lusa. Saya selalu panggil dia jiran anak lima. Umur lebih tua.. tapi saya panggil nama je. Surirumah.. kalau bekerja dan bergaya.. cantik orangnya. Cuma saya masih lagi kempunan.. bila lah nak rasa kuah rojak yang di janjikan.. dah berapa kali bertukar tahun ni.. Oh jiranku.. nasib baiklah ku tak mengidam. Huhuhu