Banyak tindakbalas di luar jangkaan yang kita terima ketika menasihati anak sedang marah. Anak lebih memberikan respon yang negatif yang kebanyakkan akan menyakitkan hati kita semula. Namun begitu, sebagai ibu bapa.. kita haruslah bersabar dalam melayan karenah anak2 sebegini. Ini kerana.. apabila seseorang anak itu sedang marah.. keadaan kesedaran anak berada pada
Frekuesi gelombang Beta.
Seorang
yang frekuensi gelombang otaknya di zon beta, berada dalam keadaan kesedaran normal tapi cenderung mengalami stress, keadaan ini juga sering terjadi kepada individu yang keletihan. Menurut Psikologi dan Parenting
Consultanta dari dinamic Brain, Novian TRiwidia Jaya, saat yang paling sesuai menasihati anak-anak adalah pada ketika anak-anak sedang bersenang-senang,
makan atau sakit. Saat itu gelombang otak anak berada di Zon alpha
atau theta.
Mengetahui waktu yang tepat ketika menasihati
anak-anak merupakan satu kunci keberhasilan menerapkan pola asuh. Pemahaman ini boleh memberikan hasil optimum kepada keadaan kesedaran anak-anak. Dalam menanamkan nilai2 positif dalam diri anak-anak, sikap positif haruslah ditunjukkan. Pujian yang di beri kepada anak-anak selalunya akan menguatkan nilai2 positif dalam diri anak-anak dan memberi kesan pada pembesaran mereka. Yang penting, pujian yang dilakukan biarlah ikhlas dan bukan di buat2. Pujian yang dibuat2 dikhuatiri memberi kesan negatif kepada pemikiran anak.
Perkembangan dunia sekarang menjadikan anak-anak kini lebih terdedah kepada pengaruh luar. Sebagai ibu bapa, kita hendaklah mengawasi pengaruh2 yang mungkin menerap ke dalam jiwa anak-anak kita. Sebagai seorang Islam, menasihati anak turut boleh dilakukan pada waktu anak-anak sedang tidur. Bacalah surah2 tertentu yang ditetapkan dalam melembutkan hati anak dan hembuslah ke ubun2nya. Berbicaralah dengan anak pada ketika ini. Nyatakan apa yang kita inginkan dari mereka. Pada ketika ini tahap gelombang anak2 berada dalam keadaan yang paling tenang.