TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Thursday, March 4, 2010

MATEMATIK vs SAINS

Baru je lepas tanda kertas soalan sains tahun 3. Untuk pengetahuan.. saya juga mengajar matapelajaran sains selain matematik. Sememangnya saya opsyen SNMT. Teringat masa di maktab dulu.. pensyarah kata, guru2 yang opsyen sains matematik akan di bayar elaun lebih. Yang ado... Pulun le kami belajar dua subjek dalam kategori shhhushahhh tu. Tapi, saya tak kisah pun pasal elaun tu. Nak bagi.. lagi best. Yang penting ilmu dan manfaat yang di perolehi.

Masa mula posting dulu memang ajar subjek sains. Dah 10 tahun ajar subjek ni. Bila di sekolah sekarang bertukar kepada matematik. Bila dah mengenali matematik, saya semakin jatuh cinta. Suruh ajar sains balik, berat je hati. Tu la pasal bila murid2 buat ujian saya yang susah hati. Boleh lagi ke saya ajar sains? Hampir 4 tahun dah tinggal. Sains tahun 3 lak. Dulu ajar tahun 4. Tapi.. bila lihat keputusan yang murid perolehi tadi.. alhamdulillah. Memang tarik nafas lega. Banyak juga yang skor A. Walaupun topik yang di uji meliputi beberapa tajuk je, tapi itu kan satu petanda yang baik.

 
saudara saudara sekalian.. saya makan daun sebab jadikan dia ubat yer.. bukan makanan ruji saya...
(gambar google)

Terdapat kekeliruan dalam mengajar sains sebenarnya. Kadangkala sains bergantung dengan perubahan semasa. Idak pun melaui eksperimen2 yang baru dijalan. Mengambil contoh kekeliruan yang timbul untuk murid2 sekolah rendah. Kucing ialah haiwan omnivor... kerana kucing kat rumahnya makan nasi dan ikan. Sedangkan kucing ialah karnivor berdasarkan ciri2 fizikal yang dipunyainya. Manusia yang ubah tabiat makan kucing. Di campur nasi dengan ikan. Macam tu lah.

 
mari membelek tubuh ku dan buat kajian beramai-ramai
(gambar google)

Begitu juga dalam mencari haiwan yang bersisik. Buaya di kategorikan sebagai haiwan yang bersisik? Ada buku yang memberi maklumat begitu. Memang buaya ada sisik... tapi pada bawah perutnya sahaja. kalau sifat fizikal kulitnya.. kulit keras (sila betulkan jika ada hujah yang lain). Itu belum masuk hal tumbuhan pula... kena pula tumbuhan yang tidak pernah di lihat oleh murid. Zaman sekarang ni kan susah nak jumpa pokok balung ayam ke, pokok puding ke.. hatta pokok bunga tahi ayam sekali pun susah nak jumpa.

kenapa namamu begitu ye?
(gambar google)

Yang menjadi masalah besar dalam subjek sains ialah kes perbezaan soalan antara tahap 1 dan tahap 2. Perbezaan soalan ini selalu menyebabkan markah2 murid2 merosot. Mulalah ibubapa bising. Kenapa dulu anak saya dapat A.. kenapa sekarang C? Lihatlah dulu kertas soalan tu.. adakah bentuk soalan masih sama. Di tahap 2, kemahiran berfikir lebih di tekankan. Harap ibubapa dapat memahami keadaan ini. Saya cuba memupuk kembali rasa cinta saya pada subjek sains.. setelah cinta beralih arah kepada matematik. Susah juga kalau nak kena mahir dalam kedua2 bidang. Cabaran tu.. teruskan ISZA..chaiyok..chaiyok! (chaiyok tu ape ye?)