Kenapa ye orang selalu salah sangka kalau ada kawan2 yang MC pada hari jumaat atau isnin? Orang selalu kata, yang ambik MC tu selalunya nak cuti lama2. Aishhh.. aishhh..aishhh.. Inilah manusia. Suka2 hati je nak mengata orang. Tah2 memang betul dia tak sihat. Bukannya nak tanya sakit ape? Dah sihat ke? Ini gi ngumpat belakang2. Kadang2 tu kawan tu baru je nak sihat. Datang kerja dah dengar cerita yang bukan-bukan macam tu.. ishhh..ishhh..ishhh.
cantik sangat rupa mulut kalau ngata kat orang..
(gambar google)
Walaupun ada yang kata MC tu bukan hak.. tapi kalau dah sakit tu camne? Ngat2 orang suka2 ke nak sakit? Ingat suka2 ke nak habiskan duit kat klinik tu. Kalau klinik kerajaan.. kena tunggu lama2 pula. Ingat suka2 ke nak habiskan masa menunggu. Biarlah orang nak ambik MC. Kalau dia betul2 sakit.. kesian kat dia. Kalau dia menipu.. dosa dia tanggung. Yang kita sibuk2 mengata ni.. free2 je dapat dosa. Dan itu dosa sesama manusia. Kalau tak minta maaf.. susah kat akhirat nanti.
Selalunya yang bising tu dia marah sebab kena ambil alih tugas kawan yang tak datang tu. Hrmmm.. bila marah, hati dah tak ikhlas.. bila tak ikhlas, tak dapat pahala. Dapat penat je.. sia-sia. Kadangkala kita fikirlah.. masa ni masa dia. Kena time kita sakit hari isnin atau jumaat macamana? Dengar pula orang kata kita.. 'Ha.. dulu ngata kat orang, dia pun sama! ' Terkedu? Ingatlah.. dunia ni kan umpama roda.. kata orang, dunia akhir zaman ni.. cepat je Allah balas.