TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Wednesday, March 24, 2010

KERJA CIKGU 24JAM ++

Jadi cikgu ni mudah kan... kerja sekerat hari.. banyak cuti.. hati HAPPY. Siapa cakap kerja sekerat hari? Mengajar mungkin kot.. tapi nak siapkan kerja-kerja selain mengajar perlu lebih daripada sekerat hari. Tak cukup masa  kalau semuanya nak disiapkan di sekolah. Terabai murid-murid tu nanti. Kerja cikgu ni idaklah berat sangattt. Adusss.. kerja cikgu ni kena guna OTAK 24jam++. Kalau kerja berat (fizikal).. letih2 boleh juga di urut2. Kalau kerja pakai OTAK ni.. mana leh diurut otak tu. Sebenarnya bukan nak mengeluh.. tapi cuma nak berkongsi... (ada yang sudi ke?). Com kita TERJAH kerja yang dibuat oleh cikgu selepas waktu mengajar.


Haaa... yang dalam gambar di atas ni cikgu-cikgu panggil Headcount. Fungsinya ialah merekod markah murid selepas ujian bulanan atau peperiksaan. Kalau dulu ujian bulanan tu hanya untuk mengetahui samaada murid telah menguasai apa yang mereka pelajari. Takde rekod rasmi kecuali untuk rujukan sendiri. Berubah mengikut peredaran zaman, markah ujian bulanan murid kini perlu direkod. Kebaikannya... senanglah cikgu-cikgu nak buat rujukan perbandingan tahap prestasi murid-murid setiap kali ujian bulanan atau peperiksaan di adakan. Selain itu, ibu bapa juga dapat mengetahui tahap prestasi anak-anak mereka. 


Ini pula bahagian markah dimasukkan. Markah yang dimasukkan ini adalah markah peperiksaan akhir tahun sebelumnya. Tujuannya untuk cikgu-cikgu dapat membuat TOV. TOV tu macam target yang kita tetapkan untuk murid capai pada setiap ujian bulanan atau peperiksaan yang diduduki. Untuk itu, guru-guru perlu memastikan yang murid-muridnya mendapat keputusan yang meningkat berbanding keputusan yang lepas-lepas. Nampak tak? Baru sedikit sahaja markah yang dapat dimasukkan. Mana idaknya.. sambil isi markah sambil berblogging (sila jangan ikut contoh cikgu ni).


Inilah bahagian TOV yang dimaksudkan. Maknanya.. cikgu isza dah siap masukkan semua markah anak-anak muridnya. (^_^). Sekarang cikgu isza perlu memasukkan target yang dikehendaki. Kalau murid tu gagal dalam peperiksaan akhir tahun lepas maka targetnya nak murid tu luluslah. Kalau dia dapat C kena lah target dapat B pula. Selalunya target biarlah LOGIK. Untuk ini, cikgu-cikgu perlu kenal setiap muridnya dan tahu tahap prestasi anak muridnya.

Ehhh.. 3 jer.. idokle banyak bebeno. Banyak yang diskip sebenarnya. Sebelum nak mula kena daftar sekolah, daftar peperiksaan, taip nama penuh, nombor surat beranak, no sekolah, kelas peperiksaan dan bla bla bla barulah boleh mula isi markah. Kena pula datang penyakit LUPA tu.. terus PENING macamana lah nak buat benda niii. Seperti biasalah.. dateline mesti ada. Nak kejar dateline terpaksalah tidur lewat (walaupun sebenarnya memang selalu tidur lewat). Setakat jam 12:53am ni.. cikgu isza masih belum menyelesaikan kerjanya. Waaaaaa.. bila nak siap!!!

soksek2: sambil2 buat kerja sambil2 ngintai blog orang...