TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Tuesday, March 23, 2010

KREDIT HILANG ANGKARA KAD SIM ANDA TELAH TERPILIH?

Kredit hilang? Memang pelik bila kredit yang baru di topup tiba2 meninggalkan baki yang tidak sepatutnya. Ramai pengguna yang mengalami masalah ini. Apa sebenarnya yang berlaku? Di katakan, kebanyakkan kredit pengguna hilang setelah menerima mesej yang menyatakan kad sim pengguna telah terpilih untuk memenangi wang sejumlah sekian-sekian (selalunya lebih berpuluh-puluh ribu ringgit) dari mana-mana peraduan yang dinyatakan.

sekadar gambar hiasan
(sumber google)

Hal sebegini memang MENYUSAHKAN pengguna! Memang tak logik sekiranya kredit yang baru ditopup RM30  meninggalkan baki kurang RM2 sedangkan penggunaannya hanya melibatkan pengiriman satu mesej. Takkanlah satu mesej yang dihantar berjumlah puluhan ringgit? Di harap syarikat TELEKOMUNIKASI yang terlibat menyiasat perkara yang berlaku dan mengambil langkah yang sewajarnya dalam mengatasi masalah ini. Hal ini bukan saja memberikan kesan yang negatif kepada PENGGUNA tetapi turut memberikan kesan negatif kepada syarikat TELEKOMUNIKASI tersebut.

soksek2: kerana duit manusia sanggup berbuat apa saja tanpa memikirkan pembalasan diSANA.