1. BERI RUANG UNTUK BERGEMBIRA
Keceriaan memang sifat semulajadi anak-anak. Hidup sebagai anak kecil yang belum mengetahui hakikat kehidupan dan tiada masalah yang di fikirkan. Berikan ruang untuk anak-anak bergembira. Beri mereka masa untuk bermain, melakukan hobinya atau menonton televisyen. Yang penting, kita hendaklah memantau setiap yang mereka lakukan supaya mereka mendapat sesuatu yang sesuai dengat peringkat umurnya.
2. AJAR ANAK BERSIKAP EMPATI
Ibu bapa boleh memupukkan perasaan empati dalam diri anak sejak mereka kecil lagi. Sebagai contoh, ibu bapa mengajar anak mereka memberi derma kepada golongan yang susah, mengasihani orang yang ditimpa kesakitan (bukan diejek) atau melihat kehidupan anak-anak yatim. Ajarkan mereka untuk bersyukur dengan apa yang mereka miliki berbanding insan-insan lain yang bernasib malang.
3. BERSUKAN BERSAMA ANAK-ANAK
Aktiviti sukan yang dilakukan seperti berjogging, berbasikal atau bersenam bersama anak-anak pasti menimbulkan rasa ceria dalam diri anak-anak. Ini kerana mereka merasakan diri mereka di dampingi dan dihargai.
4. AJAR ANAK SELESAIKAN MASALAH.
Ajar anak-anak untuk menyelesaikan masalah mudah yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka seperti menyusun baju dalam almari, mengikat tali kasut atau menyusun permainan mereka. Beri mereka ruang untuk menyelesaikan masalah ini secara beransur-ansur. Beri bantuan jika perlu sahaja. Apabila mereka berjaya melakukan, pasti wujud satu kepuasan dalam diri mereka.
5. PUJI ANAK ATAS KECEMERLANGANNYA
Jangan lokek untuk memberi pujian pada anak-anak. Sekiranya mereka dapat melakukan sesuatu yang selalunya di luar kemampuan mereka, pujilah mereka dengan ikhlas. Perasaan dihargai akan mewujudkan rasa ceria dalam diri mereka.
6. MASA MAKAN YANG MERIANGKAN
Jika anak-anak kurang makan, cari jalan alternatif supaya selera pemakanan mereka dapat ditingkatkan. Sajikan mereka dengan sesuatu yang unik hasil kreaviti anda. Mereka mungkin tertarik dan dapat merasai sesuatu yang baru.
7. KONGSI BAKAT ANAK-ANAK
Anda perlu merasa gembira dan tertawan dengan bakat yang ditunjukkan oleh anak-anak. Contohnya, jika anak anda berbakat dalam bercerita, berilah tumpuan dan sokongan kepadanya.
8. PELUK DAN CIUM ANAK
Apabila ibu bapa selalu memeluk atau mencium anaknya, pertalian darah yang terjalin pasti bertambah erat. Anak-anak yang selalu di peluk dan di cium lebih ceria kerana merasakan kasih sayang ibu bapa mereka yang tidak berbelah bahagi.
9. JADILAH PENDENGAR YANG BAIK.
Dengar dan beri tumpuan pada apa yang di ceritakan oleh anak-anak. Jika ianya memerlukan sebuah jawapan, tunggu sehingga mereka habis meluahkan. Biarkan diri mereka rasa seperti di hargai. Sepenat mana pun ibu bapa, luahan anak perlu di dengari.
10. JANGAN MENGKRITIK ANAK
Jangan bandingkan keupayaan anak anda dengan anak orang lain. Setiap anak mempunyai potensi yang berbeza. Jika mereka melakukan sesuatu seperti mengemas katil, janganlah dimarahi sekira hasilnya tidak seperti yang dikehendaki. Hargai apa yang mereka lakukan. Sekurang-kurangnya mereka tetap mahu membantu.
Dari 10 tips yang diberi bolehlah disimpulkan bahawa dalam mewujudkan keceriaan anak-anak, perkara utama ialah menghargai, dihargai dan penghargaan. Anak-anak yang merasakan diri mereka tidak dihargai akan membesar menjadi anak-anak yang bersikap negatif seperti memendam perasaan, perampus atau memberontak. Yang di perlukan sebenarnya hanya satu PERHATIAN.
(gambar google)
sumber: bacaan