TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Thursday, February 18, 2010

SIKIT - SIKIT DULU

Mengisi masa lapang kerana mendapat MC akibat kegatalan yang di alami dengan menyiapkan kotak hantaran untuk adik lelaki kesayangan saya yang akan berkahwin pada bulan 6 nanti. Lambat lagi tuuuuu... tetapi dah menjadi kebiasaan (didikan mak tercinta) yang mengajar saya sekeluarga menyiapkan sesuatu sedikit demi sedikit sebelum tiba masanya. Jom terjah apa yang saya lakukan.. (huhuhu.. ingat selebriti ape?)..

 
bunga yang di beli.. RM12.00 4 tangkai


 
kotak yang telah mula dilekatkan reben


 
hasilnya..(nampak sangat le tak berseninya),  kalau beli siap.. mahu le berapa harganya..

Kenapa warna maroon erk??? Dah itulah warna pilihan bakal pengantin. Rupa macam brutal jer. Alih2 pilih maroon daaa. Udah le dia tak tahu... nak match warna maroon dengan warna apa supaya naik serinya punyalah susah. Baru siap dua kotak daaa.. alasan... gam UHU habis. Takpe.. buat sikit2 lama2 siaplah kan. Jangan tak tahu... bunga telur dah siap beli. Semangat sungguh rasanya nak dapat adik ipar perempuan yang pertama. Kiranya menantu perempuan mak yang pertama lah ni. Nanti lepas ni nak buat kotak bekas telur. Spesel punya. Kalau dah mula dan jadi... saya pos kat cni.