TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Thursday, February 18, 2010

AKU YANG GATAL

Minggu cuti sempena CNY tidak mendatangkan kenikmatan kepada saya akibat kegatalan yang melanda diri. Benda tulah punya pasal. Tak pasal-pasal je saya jadi gatal. Nasib baik tak campur mengedik atau mengeleyor. Dua malam tak tdo pasal melayan kegatalan yang melanda ni.Tu la.. nak makan sangat benda tu..

Tak tahu le kenapa tergerak hati saya nak makan JAMU. Untuk jaga kesihatankah? Untuk jaga bodykah? Atau saja2 kah? Mula2 makan tu rasa macam best je. Badan berpeluh2, rasa bertenaga. Malamnya pula.. mula le naik gatal2 kat kaki.. melarat2 satu badan. Kalau dah gatal tu biasalah nak mengaru. Makin di garu makin sedaplah. Tapi bila sampai tak boleh tidur malam memang menyeksakan. Gatal2nya tumbuh biji2 yang halus.

macam ni le rupa gatal tu...
(gambar google)

Kawan kata itu perkara biasa. Badan nak mengeluarkan toksin2 dalam badanlah tu. Bila dah banyak keluar hilanglah. Masalahnya.. bila le nak hilang? Kalau tak hilang macamana? Nak ke pergi sekolah nanti mengaru je depan murid2 tu.. (ishhh.. tak sanggup rasanya). Saya pun rasa jamu tu memang bagus. Mungkin badan saya yang tak tahan. Badan ni memang jenis yang mengada-ngada manja. Nak suruh minum banyak air... saya sentiasa minum banyak air setiap hari.

Kalau ikutkan hati.. nak je terus makan JAMU ni. Kebaikannya terasa juga. Doktor suruh kurangkan dos. Masalahnya saya baru  ambil sebiji sehari. Dah jadi macam ni... Kalau ikut peraturan.. 2 biji sehari. Atau mungkin saya kena guntil2kannya menjadi bahagian yang lebih kecil... atau berhenti saja. Ohhh ya.. sambil menulis entri ni baru saya teringat. Saya bukan tak pernah makan JAMU sebelum ni.. takde apa2 pula. Kenapa kesan JAMU yang ni lain ye?

soksek2:
kebaikan gatal... dapat sambung cuti.. huhuhu