حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ حَدَّثَنَا شَيْبَانُ عَنْ يَحْيَى عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي قَتَادَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا شَرِبَ أَحَدُكُمْ فَلَا يَتَنَفَّسْ فِي الْإِنَاءِ
Maksudnya:
Daripada Abdullah bin Abu Qatadah, daripada bapanya berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda apabila salah seorang kamu minum maka jangan bernafas dalam bekas minuman.
Hadith di atas dikeluarkan oleh Imam Bukhari dalam kitabnya Sahih Bukhari dalam kitab minuman bab larangan meniup ke dalam bekas. Nombor hadith 5199.
Rasulullah melarang meniup makanan ke dalam bekas makanan atau minuman kerana perbuatan tersebut adalah menampakkan kelakuan seseorang itu yang bersikap gopoh. Sikap tersebut adalah sikap yang tidak disukai dalam Islam. Al-A'llamah al-Manawi menyatakan dalam kitabnya Faid al-Qadir bahawa meniup makanan menunjukkan kegopohan dan menunjukkan keburukan, tidak sabar dan mencacatkan maruah.
Daripada Abdullah bin Abu Qatadah, daripada bapanya berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda apabila salah seorang kamu minum maka jangan bernafas dalam bekas minuman.
Hadith di atas dikeluarkan oleh Imam Bukhari dalam kitabnya Sahih Bukhari dalam kitab minuman bab larangan meniup ke dalam bekas. Nombor hadith 5199.
Rasulullah melarang meniup makanan ke dalam bekas makanan atau minuman kerana perbuatan tersebut adalah menampakkan kelakuan seseorang itu yang bersikap gopoh. Sikap tersebut adalah sikap yang tidak disukai dalam Islam. Al-A'llamah al-Manawi menyatakan dalam kitabnya Faid al-Qadir bahawa meniup makanan menunjukkan kegopohan dan menunjukkan keburukan, tidak sabar dan mencacatkan maruah.
Larangan di dalam hadith tersebut bukanlah membawa makna haram tetapi hanyalah membawa makna makruh iaitu perbuatan itu dibenarkan melakukannya jika keadaan memaksa seperti keadaan yang keadaan yang mendesak supaya makan atau minum dengan segera. Al-'Allamah al-Mardawi al-Hambali di dalam karangannya al-Insaf berkata al-Aamidiy mengatakan tidak dimakruhkan meniup makanan yang panas jika ada keperluan untuk makan ketika itu juga.
Daripada hadith tersebut ulama mempunyai beberapa pandangan. Menurut Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin dalam kitabnya Syarh Riyadh al-Solihin menyatakan sebahagian ulama mengecualikan larangan meniup ke dalam bekas jika terdapat keperluan seperti mengejar masa manakala sebahagian ulama lebih meringankan perkara tersebut seperti membenarkan menuang minuman ke dalam bekas lain dan melakukannya dengan berulang-ulang sebagai contoh minuman yang dilakukan dengan cara itu adalah teh tarik. Walaubagaimanapun lebih baik jika minuman itu tidak ditiup.
Kes – kes berkenaan hadith di atas:
1) Para ibu yang meniup makanan makanan yang panas untuk disuapkan ke dalam mulut anaknya. Perbuatan itu dilakukan oleh seorang ibu yang menyediakan makanan panas untuk anaknya atau makanan yang baru dimasak untuk diberikan kepada anaknya. Walaubagaimanapun anaknya tidak dapat menikmati makanan tersebut kerana panas lalu ibunya meniupnya supaya menjadi sedikit sejuk dan mudah dinikmati oleh anaknya.
2) Orang dewasa yang menyejukkan makanan atau minuman yang panas seperti kopi atau teh dengan cara meniup makanan atau minuman itu. Situasi ini dapat dilihat ketika sarapan, minum petang, minum malam atau lebih mudah dilihat di kedai kopi atau warung – warung yang kebanyakannya dipenuhi oleh orang dewasa. Ketika lepak – lepak atau bersembang itulah mereka memesan minuman panas. Sebelum mereka minum, minuman itu ditiup supaya minuman itu menjadi suam dan boleh diminum.
3) Masyarakat yang gemar minum secara terus atau tidak mengikut sunnah Rasulullah iaitu minum seteguk demi seteguk menyebabkan mereka bernafas di dalam bekas minuman tersebut. Perbuatan ini dapat dilihat melalui masyarakat yang membeli minuman botol atau minuman tin. Mereka minum melaluinya dan bernafas di dalamnya. Keadaan ini lebih mudah dilihat apabila ada masyarakat yang kepenatan atau terlalu dahaga menyebabkan mereka terlalu gelojoh ketika minum contohnya mereka yang berehat daripada bermain, melakukan tugas berat dan kepenatan bekerja.
4) Masyarakat yang suka menyalakan api lilin di atas kek kemudian meniupnya untuk meraikan majlis hari lahir, majlis perkahwinan atau majlis lain. Mereka meletakkan lilin di atas kek kemudian menyalakannya sebelum ditiup. Perbuatan ini sudah menjadi tradisi apabila menyambut sesuatu majlis sebagai tanda meraikan majlis tersebut. Angin yang mereka hembus untuk meniup lilin tersebut terkena pada makanan tersebut.
Rasulullah melarang umatnya bernafas ke dalam bekas makanan atau meniup makanan adalah dengan tujuan bagi mengelakkan manusia menzahirkan sifat kegopohan. Sifat tersebut adalah sifat yang tercela dan tidak disukai dalam Islam. Islam menganjurkan manusia supaya sentiasa bersabar dan bertenang dalam kehidupan.
Larangan itu juga memberi kesan terhadap kesihatan. Hal ini kerana apabila seseorang itu meniup makanan atau bernafas ke dalam bekas makanan atau minuman, seseorang itu akan mengeluarkan karbon dioksida lalu bercampur dengan air (H2o) dan kemudian akan menjadi asid (H2oCo3) iaitu sama dengan cuka.
Pendedahan karbon dioksida ke atas diri manusia boleh meyebabkan kematian pada masa yang singkat. Selain itu manusia juga terdedah dengan kesan toksik.
Dalam pada itu juga larangan tersebut juga dapat mengelakkan berlakunya penyakit berjangkit seperti penyakit tibi , batuk basah dan sebagainya. Kuman – kuman daripada mulut di bebaskan melalui udara yang ditiup oleh mulut. Golongan yang berisiko terhadap jangkitan kuman dari badan orang lain adalah bayi yang mana ibu mereka meniup makanan yang panas untuk disejukkan sebelum disuapkan.
Antara langkah alternative bagi mengelakkan daripada melakukan perbuatan tersebut adalah mengikut sunnah Rasulullah supaya minum seteguk demi seteguk bagi mengelakkan bernafas dalam bekas. Rasulullah menyuruh umatnya supaya makan atau minum dengan beradab dan tidak gelojoh. Segala apa yang dianjurkan Rasulullah adalah mempunyai hikmah tertentu terutamanya hikmah terhadap kesihatan diri.
Selain itu, hendaklah tidak makan makanan yang terlalu panas. Makanan yang terlalu panas boleh menyebabkan kecederaan bahagian dalam mulut. Oleh itu seseorang itu akan meniup makanannya untuk menyejukkannya. Jika makanan yang disediakan adalah tidak terlalu panas maka perbuatan meniup makanan atau minuman dapat dielakkan.
Langkah lain adalah sentiasa bersabar dan bertenang ketika menikmati hidangan. Perkara ini adalah yang paling penting dalam usaha mengelakkan melakukan perbuatan tersebut. Hal ini kerana bersabar dan bertenang adalah datangnya dari hati. Oleh itu hati yang sabar dan tenang ketika menikmati makanan dapat menghindari daripada melakukan perbuatan meniup makanan yang kebiasaanya dilakukan oleh golongan yang mempunyai hati yang tidak sabar dan tidak tenang ketika menikmati makanan.
petikan diambil dari sini
sumber gambar dari google