TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Sunday, February 21, 2010

SET INDUKSI CARA TARIK MINAT MURID

Sebagai seorag guru, sudah pastinya mengetahui apa yang dimaksudkan set induksi. Set induksi merupakan aktiviti yang dilakukan oleh guru pada awal pengajaran utuk menyediakan murid kepada pelajaran yang seterusnya.

Mengikut kajian, ramai guru2 yang megabaikan kepentingan set induksi di dalam kelas. Mungkin atas sebab2 yang tersendiri seperti terpaksa mengejar waktu menghabis rancangan pengajaran mengikut tetapannya, mengambil masa dalam mengawal disiplin murid atau memastikan kelas dalam keadaan bersih sehingga terpaksa menyuruh murid mengutip atau menyapu sampah.

Set induksi yang mengambil masa lebih kurang 5 minit ni sebenarnya memainkan peranan yang besar dalam proses pengajaran dan pengajaran seorang cikgu. Dari sinilah seorang guru itu dapat mengawal disiplin muridnya, memastikan murid2nya bersedia untuk pelajaran hari ini dan menarik minat muridnya untuk mengikuti pelajaran yang seterusnya.

Set induksi yang dilakukan selalunya berkaitan dengan topik yang ingin di ajar oleh seseorang guru pada hari itu. Set induksi boleh dibuat dalam bentuk cerita, teka teki, puzzle dan sebarang cara yang mengambil masa yang pendek. Percayalah.. dengan set induksi juga, kita dapat menjadi guru yang sentiasa di tunggu oleh murid2 untuk masuk ke kelas.

 
salah satu contoh set induksi yang boleh dilakukan 

Kepada rakan guru2.. jadikanlah set induksi sebagai satu amalan. Banyak kebaikan yag dapat kita perolehi daripadanya. Janganlah set induksi cuma di amalkan semasa kita praktikum sahaja.