TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Sunday, February 21, 2010

WAJARKAH MEREKA DI TEGUR?


Ermmm... serba salah rasa melihat bahasa-bahasa anak didik dalam facebook. Nak tegur ke idak. Memanglah pertelingkahan yang berlaku di kalangan mereka sahaja. Tapi, tidakkah mereka fikir bahawa bahasa-bahasa yang ditulis dibaca oleh cikgu2 yang di add oleh mereka. Gambar di atas adalah sekadar contoh. Banyak lagi sebenarnya bahasa-bahasa kasar yang ditulis yang rasanya tidak sesuai di tulis untuk murid-murid sekolah rendah seperti mereka.

Ada juga cikgu-cikgu yang join untuk meredakan keadaan (bukan tegur). Apa yang berlaku seolah2 cikgu2 ini tidak wujud dan mereka tetap meneruskan pergaduhan mereka. Bagi saya sikap tersebut kurang ajar kerana tidak menghormati guru tersebut. Adakah tujuan mereka meng add kan guru-guru mereka? Adakah  untuk menunjukkan sikap mereka yang tidak beradab dan bersopan ini.

Setakat ini saya hanya memaklumkan kepada guru kaunseling. Walaupun hal ini berlaku di luar waktu sekolah tetapi pertelingkahan yang berlaku mestilah bermula dari sekolah. Kutuk mengutuk.. caci mencaci di kalangan mereka. Saya bimbang sikap negatif seperti ini akan terus sebati dalam diri mereka. Untuk makluman.. mereka ini adalah murid2 tahun 6. Agaknya sedang mengalami perubahan hormon sehingga mereka begitu berbeza dari sikap mereka ketika di tahun 5. Harap2 mereka sedar budaya yang mereka amalkan tidak elok untuk diri sendiri, agama dan bangsa.