"Cikgu nak beli ape?"
Ayat di atas sering saya terima apabila bertandang ke pasar malam atau ke pasar. Opsss... mana pula dia tahu yang saya ni seorang cikgu. Tak kenal pun dengan penjual tu. Bukannya selalu pergi pasar pun. Dia pun bukan jiran2 yang berhampiran. Parent muridkah? Musykil sungguh rasanya.
Sebenarnya ini bukan pengalaman pertama saya. Mungkin ada cikgu2 diluar sana turut mengalami perkara yang sama. Ada ilmu ke mereka2 yang mengenali seorang guru ni? (pertanyaan maut). Agak2nya lah... bagaimana orang luar mengenali individu yang bernama cikgu ni? Dari pertuturannya kah? Dari mimik mukanya kah? Dari bahasa tubuhnya kah? Dari cara pemakaiannya kah? Dari jelingan manjanya kah?<----- sila abaikan yang berwarna biru ini.
Teringat masa mula2 mengajar dulu. Tukarlah pakaian cara mana (seksi takde le)... brutal punya gaya ke... ada juga yang boleh kenal.. awak ni cikgu yer. Sebenarnya.. tidaklah menjadi masalah apa2 pun jika ada yang mengenali saya sebagai seorang guru. Syukur sebenarnya. Yang dimusykilkan.. camne orang tahu? Ada cop kat dahi ke?
sekadar gambar hiasan (google)
soksek2:
Mak saya dapat mengenali seseorang itu cikgu atau tidak dari cara pemanduannya... camna tu?