Ice Blended cara mudah
Atas permintaan seorang blogger yang di kenali sebagai Wan Perlis, saya dengan ini ingin berkongsi cara membuat ice blended. Cikgu nak bagi resepi lak... Memandangkan ibu saya berniaga kedai makan, ice blended adalah salah satu minuman yang dijual dikedainya. Jangan le pula dibandingkan dengan ice blended di cafe-cafe ternama tu. Harganya berbeza 2/ 3 kali ganda pun. Apa2 pun, jika berminat... SILALAH CUBA...
Bahan2 :
- 3 sudu besar serbuk minuman chocolate (tak kisahle jenama ape asalkan halal)
- 2 sudu MILO ( untuk makluman kedai mak x guna jenama MILO tu sebaliknya diimport khas dari Kelantan yang rasanya lebih kurang MILO gak, tetapi kami tetap memanggilnya MILO)
- ais ketul (yang ade lubang tu lagi elok, kalau xde ketuk kecik2 sikit, takut plak rosak blender tu...)
- air masak (kalau guna air paip jangan salahkan resepi erk!!!)
- gula (seeloknya guna gula ising)
-susu pekat (2 sudu)
Caranya:
- ais ketul disukat dalam cukup secawan… masukkan dlm blender.
(gambar ehsan pakcik google)
bancuh sampai jadi camni arrr, pastu masukkan dalam blender
- Apalagi? Blend le . Nak blend sampai jadi camne terpulang ler. Nak ice kasar ke.. nak ice halus ke... ikut suka Jangan le blend sampai tak nampak tekstur ais tuuu..
- Apalagi? Blend le . Nak blend sampai jadi camne terpulang ler. Nak ice kasar ke.. nak ice halus ke... ikut suka Jangan le blend sampai tak nampak tekstur ais tuuu..
- bila dah puas hati isikan lah dalam gelas ke cawan, taburkan cokelat chip ke? krim (ape namanye dah x ingat) ke... apa2 lah yang di rasakan sesuai dan menyedapkan lagi ice blended tu.
krim tu macam dalam gambar ni le tapi AWAS! setakat ni jumpa satu jenis je yang ada halal JAKIM
dapat segelas ice blended… SLURP!!!