Orang tua dulu2 ada berkata... BEBUDAK TAK PANDAI MENIPU! Ermmm... rasanya dah x relevan pada zaman sekarang. Bebudak sekarang x boleh dipercayai 100%. Dari umur paling kecil pun dah pandai menipu! Yang penting bagi bebudak ni adalah tidak DIMARAHI sehingga sanggup memburukkan nama baik ibu bapa atau guru mereka. Alahhh.. dah bebudak.. memang le macam tu... AKAL PENDEK. Sebab bebudak le kita kena bentuk... klo x, parah jadinya bile besar nanti...
ble menipu je hidung jadi panjang camni... baru tau!
Habis tu kita sebagai orang dewasa yang tau bebudak tu akal pendek yang pergi percaya cakap mereka 100% pasal pe? Kenapa x di selidik...? kenapa x di siasat...? kenapa perlu mengamuk terlebih dahulu sebelum mengetahui kebenaran? Di sini pun dapat kita ketahui... KEMANA TUMPAHNYA KUAH klo TAK KE NASI...Bebudak zaman sekarang bukan macam kita dulu2, nakalnya lain, akalnya lain...
maksud peribahasa kemana tumpahnya kuah klo x ke nasi = Sesuatu itu akan kembali ke asalnya meskipun sedikit.
Macam kes yang banyak berleluasa di zaman sekarang ni lah... terutama yang melibatkan cikgu2. Kalau anak di hukum kenapa x siasat dulu. Ingat cikgu ni gila ke hukum bebudak tak tentu pasal. Walaupun melanggar etika pekerjaan, sebenarnya niat guru-guru hanyalah untuk mendidik. Nak anak tu jadi insan yang berguna... bukannya nak menghancurkan dia. Melihat rentetan kejadian yang berlaku, kebanyakkan kes di sekolah akhirnya menunjukkan murid tersebut yang melakukan kesalahan sebenarnya. TAK BOLEH DI TEGUR atau DI USIK? Tak payah hantar sekolah... Sekolah je kat rumah.
sedih hati cikgu bila niat yang baik di salah anggap
Timbul juga pertanyaan bila hal sebenar diketahui... tidakkah ibubapa ni merasa malu bila mengetahui anak mereka yang bersalah melakukan kesalahan seperti mencuri dan mencabul. Selalunya, ibu bapa begini akan menutup malunya dengan menyalahkan guru2 yang telah melanggar etika kerjanya... sedangkan yang lebih utama KESALAHAN ANAKNYA itu. Yang malangnya tentulah cikgu2 yang berniat untuk mendidik .
haiwan yang buat salah pun tau malu
Jangan tak tau bebudak begini tidak hanya menyalahkan guru jika melakukan kesalahan, sebaliknya ibu bapa turut dipersalahkan. Contoh macam kat sekolah saya ni... bila tak buat kerja sekolah, dia menyalahkan ibunya yang menyuruhnya menjaga adik. Macamlah dia seorang yang ada adik! Kenapa tak bawa buku teks ke sekolah? Ibu/ ayah tak susun jadual! Kenapa datang lewat? Ayah lambat siap sedangkan dia yang bangun lambat! Ermmm.. kita fikir2kanlah.. di rumah mereka salahkan guru, di sekolah mereka salahkan ibubapa! Sepatutnya ibubapa dan guru perlu bekerjasama dalam membentuk anak2 ini dan bukannya menuding jari antara satu sama lain. Janganlah satu hari anak kita KETAWA kerana berjaya mempermainkan kita.
sekadar gambar hiasan.. (gambar2 adalah ehsan pakcik google)
guru2 di bayar gaji mengajar... mengajar je la... bukan mendidik lagi... takkan camtu kot!